Takwilan nas-nas mutashabihat dalam kalangan salaf
Isu takwilan nas-nas mutashabihat merupakan satu isu yang berlarutan dalam pemikiran umat Islam sejak kurun awal Hijrah sehingga kini. Ulama Salaf sering dilabelkan oleh sesetengah penulis kontemporari sebagai golongan yang tidak mentakwilkan nas-nas sifat mutashabihat, manakala ulama Khalaf y...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/2466/1/FH02-FKI-14-00631.pdf http://eprints.unisza.edu.my/2466/ https://www.scopus.com/record/display.uri?eid=2-s2.0-8490410 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Isu takwilan nas-nas mutashabihat merupakan
satu isu yang berlarutan dalam pemikiran umat
Islam sejak kurun awal Hijrah sehingga kini.
Ulama Salaf sering dilabelkan oleh sesetengah
penulis kontemporari sebagai golongan yang
tidak mentakwilkan nas-nas sifat mutashabihat,
manakala ulama Khalaf yang datang selepas
Salaf dilabelkan sebaliknya. Kesan daripada
kenyataan tersebut, timbul polemik dalam
kalangan umat Islam hari ini mengenai
keharusan takwilan Khalaf terhadap nas-nas
sifat mutashabihat adalah menyalahi pegangan
Salaf. Namun sejauh manakah keabsahan dan
dakwaan tersebut boleh dipertanggungjawabkan,
perlu ditinjau semula bagi menangani konflik
tersebut. Untuk tujuan demikian, artikel ini
diketengahkan untuk meneliti kenyataan
dan pandangan para ulama Salaf dalam isu
berkenaan bagi mengenal pasti sama ada mereka
mengambil sikap mentakwilkan nas-nas sifat
mutashabihat atau sebaliknya. Kajian kualitatif
yang memfokuskan kepada analisis kandungan
dokumen ini, mendapati bahawa terdapat dalam
kalangan ulama Salaf yang hidup sehingga kurun
ketiga Hijrah turut mentakwilkan nas-nas sifat
mutashabihat sebagaimana sebahagian ulama
Khalaf melakukan pentakwilan. Maka dakwaan
para ulama Salaf keseluruhannya menolak
metode takwil nas-nas sifat mutashabihat adalah
suatu pandangan yang kurang tepat. Kajian
turut mengenal pasti bahawa istilah Salaf bukan
sahaja merujuk kepada tokoh yang hidup dalam
kurun tiga Hijrah pertama sahaja, sebaliknya
kurun kelima Hijrah yang dijadikan sebagai
penamat tempoh hidup para Salaf turut dilihat
sebagai suatu pandangan yang signifikan untuk
diketengahkan dalam masyarakat kontemporari
kini.
K |
---|