Pengaplikasian konvensyen perlembagaan di Malaysia

Di Malaysia, tidak ada satu institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga badan kerajaan yang merujuk kepada doktrin pengasingan kuasa iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang di-Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan Perseku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nazri, Muslim, Osman, Md Rasip, Khairul Hamimah, Mohammad Jodi, Abdullah, Ibrahim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1857/1/FH03-PPT-20-40803.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1857/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Di Malaysia, tidak ada satu institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga badan kerajaan yang merujuk kepada doktrin pengasingan kuasa iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang di-Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis adalah bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Manakala perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan mahkamah seperti United Kingdom. Selain daripada perlembagaan, ada amalan yang dianggap mustahak menjadi sebahagian daripada prinsip-prinsip perlembagaan. Amalan ini dikenali sebagai Konvensyen Perlembagaan atau adat resam Perlembagaan. Konvensyen perlembagaan adalah suatu amalan bukan undang-undang dan lebih mirip kepada etika politik dan tidak akan dikuatkuasakan oleh mahkamah. Sungguhpun mustahak, sekiranya amalan ini tidak dipatuhi, tidaklah boleh dibawa perkara ini ke mahkamah supaya dipaksakan mematuhinya, tetapi jika tidak dipatuhi, akan menyebabkan sukar bagi sesuatu perlembagaan itu hendak berjalan dengan lancar. Perbincangan makalah ini akan membincangkan konvensyen perlembagaan dari segi kontrak sosial, pelantikan Perdana Menteri, pelantikan jawatan utama negara dan tanggungjawab bersama.