Penggunaan Simplified Sheets Bagi Memudahkan Penilaian Outcome Based Education (OBE) Untuk Fasilitator Sambilan Kokurikulum Unisza
Pusat Pembangunan Pelajar Holistik (PPHP) adalah pusat yang mengurus mata pelajaran kokurikulum untuk semua pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tanpa mengira lokasi kampus. Kebanyakan fasilitator yang dilantik untuk subjek kurikulum adalah kakitangan bukan akademik luar UniSZA atau k...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1764/1/FH03-FIK-19-25937.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1764/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pusat Pembangunan Pelajar Holistik (PPHP) adalah pusat yang mengurus mata pelajaran
kokurikulum untuk semua pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tanpa mengira
lokasi kampus. Kebanyakan fasilitator yang dilantik untuk subjek kurikulum adalah
kakitangan bukan akademik luar UniSZA atau kakitangan UniSZA bukan akademik. Oleh itu
pada akhir semester, markah yang diperolehi oleh pelajar perlu dimasukkan oleh staf PPHP
kerana fasilitator tidak diberikan akses kepada sistem peperiksaan yang dipanggil SISMAK.
Ini membawa kepada beberapa masalah seperti kelewatan, pengiraan markah yang salah,
pembezaan markah untuk pelajar yang sama untuk beberapa borang dan tertinggal markah
pelajar. Untuk mengatasi halangan-halangan ini, satu template fail dalam MS EXCEL yang
diberi nama Simplified Sheets telah dibangunkan bagi membantu fasilitator. Kesemua
helaian yang diperlukan bagi tujuan mesyuarat pengesahan markah peringkat akhir
disatukan dalam satu fail dan dihubungkan untuk memastikan markah yang akhir adalah
markah yang diambil daripada rubrik penilaian secara automatik. Markah penilaian juga
dikumpulkan bagi setiap Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) bagi memudahkan penilaian
berterusan dilaksanakan sebagaimana yang diperlukan dalam pendekatan Outcome Based
Education (OBE). Fail kemudian diubah menjadi format .csv sebelum diimport ke SISMAK.
Simplified Sheets juga disediakan juga bagi menghasilkan laporan Continuous Quality
Improvement (CQI) untuk membolehkan penambahbaikan pencapaian hasil dibuat pada
semester seterusnya. Penilaian terhadap keberkesanan Simplified Sheets dicerap melalui
beberapa parameter yang diperolehi daripada sebahagian besar fasilitator yang dibahagikan
kepada kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan dengan memberikan tugasan untuk setiap
kumpulan untuk tujuan pengumpulan data. Hasil yang diperolehi daripada penilaian ini
menunjukkan penjimatan masa dan penurunan kadar ralat semasa proses memuktamadkan
markah akhir pelajar. Fasilitator juga diberikan beberapa soalan tinjauan bagi melihat
kebolehgunaan dan kebolehpenerimaan penggunaan Simplified Sheets dalam memudahkan
penilaian mereka. Hasil tinjauan mendapati bahawa majoriti fasilitator bersetuju dengan
PERSIDANGAN KEBANGSAAN KOKURIKULUM UNIVERSITI
10-11 JULAI 2019
Serdang, Malaysia
bahawa Simplified Sheets mudah digunakan serta mengurangkan kesilapan markah
sebelum ini.. |
---|