Pemikiran Tasawwuf Badi`Uzzaman Sa`Id Nursi Dalam Dakwah

Allah s.w.t mengutuskan para Rasul untuk membimbing manusia ke jalanNya. Penyucian jiwa dan keluhuran ruh yang merupakan kunci utama tasawwuf amat diperlukan dalam kehidupan insan. Hal ini penting bagi membolehkan setiap insan mencapai keseimbangan jasadi dan ruhani , mengikut piawaian yang telah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmed S.A, Alqodsi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1669/1/FH03-FKI-17-08704.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1669/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Allah s.w.t mengutuskan para Rasul untuk membimbing manusia ke jalanNya. Penyucian jiwa dan keluhuran ruh yang merupakan kunci utama tasawwuf amat diperlukan dalam kehidupan insan. Hal ini penting bagi membolehkan setiap insan mencapai keseimbangan jasadi dan ruhani , mengikut piawaian yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan Hadith. Badi`uzzaman Sa`id Nursi adalah antara tokoh pendakwah dan pemikir yang berpandangan bahawa tasawwuf yang bertunjangkan penyucian jiwa dan keluhuran ruh merupakan pemangkin untuk membolehkan seseorang muslim mengenal Allah s.w.t. Justeru, artikel ini bertujuan menganalisis pemikiran tasawwuf dalam dakwah Badi`Uzzaman Sa`id Nursi daripada karya ulung beliau, Rasa`il Nur. Oleh itu, data primer kepada kajian ini adalah berdasarkan analisis kandungan Rasa’il Nur. Kajian mendapati bahawa keistimewaan yang wujud dalam dakwah Badi`Uzzaman Sa`id Nursi adalah merupakan natijah daripada beberapa faktor yang turut menyumbang kepada pembinaan peribadi beliau. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa wujudnya pemikiran tasawwuf dalam dakwah Badi`uzzaman Sa`id Nursi. Pemikiran ini terbina di atas asas-asas tasawwuf, iaitu al-`ajz (kelemahan), al-faqr (kefakiran), al-syafaqah( belas kasihan) dan al-tafkir( berfikir).