Pembestarian wanita islam di bawah naungan al-quran: singkapan & harapan
Elemen ilmu dan akhlak merupakan paksi pendidikan al-Quran al-Karim. Dalam konteks bahasa Melayu, pembestarian merupakan istilah yang hampir kepada makna tersebut, Justeru, kertas ini bermula dengan huraian makna semantik pembestarian dalam kerangka al-Quran al-Karim. Singkapan suasana pembestari...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1505/1/FH03-FKI-18-18299.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1505/ http://www.fki.unisza.edu.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Elemen ilmu dan akhlak merupakan paksi pendidikan al-Quran al-Karim. Dalam konteks bahasa
Melayu, pembestarian merupakan istilah yang hampir kepada makna tersebut, Justeru, kertas ini bermula
dengan huraian makna semantik pembestarian dalam kerangka al-Quran al-Karim. Singkapan suasana
pembestarian wanita Islam pada era awal kegemilangannya dimulakan dengan sorotan terhadap latar
pendidikan wanita Arab pra Islam. Ini bagi menunjukkan kesan penurunan al-Quran terhadap perubahan nilai
dan kedudukan wanita sebagai salah seorang ahli masyarakat. Beberapa senario pembestarian yang
mengambarkan kegigihan Rasulullah SAW dan para sahabatnya dalam menyemai, menyubur dan
menghargai keintelektualan dan keperibadian wanita diulas. Ini diikuti oleh singkapan ke atas beberapa tokoh
intelek wanita di zaman kegemilangan Islam yang meneruskan gagasan pembestarian ummah. Di akhirnya,
kertas ini mengemukakan beberapa harapan kepada ilmuwan wanita Islam dalam memperkasakan
pembestarian ummah di Malaysia. Singkapan yang dilakukan sewajarnya menjadi momentum yang memberi
sinar harapan kepada wanita-wanita Islam untuk terus maju dan berdaya-saing bagi mencapai keredhaan
Allah s.w.t. dalam mencipta tamadun dan peradaban yang luhur. |
---|