Konsep al-wasatiyyah dalam ‘akidah menurut ahli sunnah waljama’ah

Konsep al-wasatiyyah kebiasaannya difahami dengan makna kesederhanaan atau pertengahan di antara dua sikap ekstrem. Konsep ini juga difahami dengan skop yang lebih luas kerana ia merangkumi aspek akidah, ibadah, sosial, ekonomi dan pentadbiran. Namun mutakhir ini Islam tidak disifatkan sebagai ag...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hafiz, Nordin, Mohd Hasrul, Shuhari
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1469/1/FH03-FKI-18-20497.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1469/
http://www.unisza.edu.my/medc2018
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konsep al-wasatiyyah kebiasaannya difahami dengan makna kesederhanaan atau pertengahan di antara dua sikap ekstrem. Konsep ini juga difahami dengan skop yang lebih luas kerana ia merangkumi aspek akidah, ibadah, sosial, ekonomi dan pentadbiran. Namun mutakhir ini Islam tidak disifatkan sebagai agama yang adil oleh Barat berikutan kekecauan yang timbul oleh sebahagian kelompok manusia yang menisbahkan diri mereka kepada Islam. Perkara ini boleh dilihat apabila serangan-serangan keganasan yang timbul oleh kumpulan-kumpulan ISIS, al-Qaeda, Jamaah Islamiah dan lain-lain. Ini menjejaskan nama baik Islam sebagai suatu agama rahmat. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengetengahkan konsep al-wasatiyyah dalam akidah ahli sunnah waljamaah. Akidah merupakan asas bagi seseorang dalam membentuk sesuatu tindakan. Ahli sunnah waljamaah merupakan role model bagi agama Islam yang bersifat sederhana. Mereka bukan sahaja mempromosi nilai-nilai kebaikan yang diterima oleh semua manusia, bahkan menentang keganasan dan kezaliman dengan penuh hikmah. Justeru, kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan dalam mendapatkan hasil kajian. Kajian ini juga mendapatkan data serta maklumat melalui kaedah dokumentasi, induktif serta analisis untuk mendapatkan kesimpulan terhadap maklumat-maklumat yang dikemukakan. Hasil kajian mendapati bahawa golongan ahli sunnah waljamaah sangat menonjol dalam memperkenalkan konsep alwasatiyyah dalam akidah. Akidah yang terselamat merupakan akidah yang meraikan norma manusia tanpa mengabaikan syarak. Akidah ini dipelopori oleh dua kumpulan manusia yang terkenal dengan nama al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah.