Ulama Rabbani Pembimbing Umara dalam Pembangunan Ummah Menurut Tok Ku Paloh

Ulama dan umara merupakan dua kumpulan manusia yang memainkan peranan penting dalam menentukan kesejahteraan masyarakat dalam sesebuah pemerintahan. Apabila rosak salah satu daripada kedua-duanya, sudah pasti masyarakat yang berada di bawah pentadbiran mereka akan turut menghadapi kemusnahannya....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syed Hadzrullathfi, Syed Omar, Rahimah, Embong, Rohaizan, Baru, Najihah, Abd Wahid, Engku Ibrahim, Engku Wok Zin, Fadzli, Adam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1433/1/FH03-INSPIRE-17-11205.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1433/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ulama dan umara merupakan dua kumpulan manusia yang memainkan peranan penting dalam menentukan kesejahteraan masyarakat dalam sesebuah pemerintahan. Apabila rosak salah satu daripada kedua-duanya, sudah pasti masyarakat yang berada di bawah pentadbiran mereka akan turut menghadapi kemusnahannya. Justeru, artikel ini bertujuan mengetengahkan ciri penting perlu dimiliki oleh barisan ulama yang bertindak sebagai pembimbing para umara, dalam usaha membina masyarakat sejahtera sebagaimana disarankan oleh seorang tokoh ulama sufi Terengganu kurun 19M. Kaedah analisis kandungan digunakan terhadap karya tokoh kajian bagi meneroka pemikiran serta pandangan tokoh berkaitan ciri ulama rabbani pembimbing umara. Kajian mendapati bahawa ciri utama pembentukan ulama rabbani menurut Tok Ku Paloh adalah tertumpu kepada pemupukan tauhid hakiki dalam diri individu. Proses mencapai gelaran tersebut menurut beliau adalah tertakluk sejauh mana seorang mampu melalui proses tiga peringkat mengingati Allah yang merupakan elemen penting tauhid hakiki. Ulama rabbani yang lahir menerusi pembinaan tauhid hakiki, mampu menjadi pembimbing umara dalam pembangunan ummah cemerlang.