ISIS: Peranan Internet Dan Media Sosial

Kemunculan gerakan militan di Timur Tengah ISIS (Islamic State of Iraq and Syam) yang berkonsepkan jihad Islam yang terpesong dengan syariat Islam memberi kesan dan ancaman kepada keselamatan dunia termasuklah Malaysia. Gerakan militan ini mengambil inisiatif dengan mengaplikasikan internet dan m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fadzli, Adam, Siti Rokiah, Ab Rahman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1392/1/FH03-INSPIRE-17-11333.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1392/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemunculan gerakan militan di Timur Tengah ISIS (Islamic State of Iraq and Syam) yang berkonsepkan jihad Islam yang terpesong dengan syariat Islam memberi kesan dan ancaman kepada keselamatan dunia termasuklah Malaysia. Gerakan militan ini mengambil inisiatif dengan mengaplikasikan internet dan media untuk mengembangkan pengaruh, mengukuhkan ideologi dan merekrut ahli baru menyertai gerakan ini. Perkembangan internet dan pengaruh media diperingkat global memberi peluang kepada organisasi ini untuk menarik perhatian masyarakat netizen terutamanya golongan muda yang aktif menggunakan teknologi masa kini. Penggunaan internet dan media sosial sebagai instrumen atas talian yang mesra pengguna telah digunakan sepenuhnya pihak ISIS untuk merekrut ahli baru dan menyampaikan propaganda melalui alam maya. Artikel ini membincangkan peranan penggunaan internet dan media sosial terhadap penyebaran ideologi organisasi ISIS. Hasil dapatan menunjukkan organisasi ini menggunakan internet dan media sosial untuk menyebarkan propaganda, mendapatkan kewangan, memberi latihan dan perancangan organisasi ISIS. Kajian ini menggunakan analisis dokumen berdasarkan kajian-kajian lepas. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pembuat polisi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak yang berkepentingan sebagai rujukan berkenaan dengan gerakan militan ISIS yang semakin menular di Malaysia.