Analisis isu dan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam program pendidikan khas integrasi (PPKI)

Kajian ini membincangkan mengenai permasalahan dan isu dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) Pendidikan Islam bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) penglihatan. Program Pendidikan Khas Integrasi dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolahsekolah harian biasa dan juga melal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hammadah, Abdul Rahman, Mustafa, Che Omar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1348/1/FH03-FKI-19-22988.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1348/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan mengenai permasalahan dan isu dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) Pendidikan Islam bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) penglihatan. Program Pendidikan Khas Integrasi dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolahsekolah harian biasa dan juga melalui Program Pendidikan Inklusif (PPI) dengan mencantumkan murid berkeperluan khas (MBK) dengan murid tipikal (arus perdana) di dalam satu kelas. Mengikut akta Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3[2], seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika mereka mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Masalah timbul apabila proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) untuk murid Orang Kurang Upaya (OKU) memerlukan perancangan yang rapi berbanding murid arus perdana. Sebagai contohnya, murid OKU penglihatan memerlukan tenaga pengajar yang mahir dalam menggunakan Braille. Bagi proses pdp Pendidikan Islam, faktor kekurangan guru yang menguasai Kod Braille al-Quran, penggunaan BBM dan alat multimedia yang bersesuaian dengan mereka menjadi cabaran utama dalam memartabatkan murid PPKI. Penyediaan kemudahan al-Quran Braille Digital, buku teks Braille dan BBM terkini dilihat sebagai satu usaha yang sangat bermakna dalam meningkatkan kecemerlangan proses pdp murid OKU penglihatan.