Bauran Satira Dalam Pak Pandir Moden

Makalah ini menyorot perkembangan kisah Pak Pandir Moden yang sering menjadi konotasi kepada perilaku manusia. Watak Pak Pandir yang sangat sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu sejak zaman tradisional dan sehingga kini sering mempamerkan riak personaliti yang menggambarkan kedunguaan seseorang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Faradi, Mohamed Ghazali, Mohd Fairuz, Mohd Padoli
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1210/1/FH03-FBK-18-12103.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1210/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini menyorot perkembangan kisah Pak Pandir Moden yang sering menjadi konotasi kepada perilaku manusia. Watak Pak Pandir yang sangat sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu sejak zaman tradisional dan sehingga kini sering mempamerkan riak personaliti yang menggambarkan kedunguaan seseorang individu. Meskipun cerita Pak Pandir diklasifikasikan sebagai sebuah folklore dongeng, namun lewat masa ini, ia masih dikembangkan sebagai salah satu bahan jenaka yang menjadi kesendengan dalam kritikan dan sindiran. Kajian ini memberi penekanan kepada batasan/skop terhadap koleksi kisah Pak Pandir Moden yang dipetik dari sumber berasakan media elektronik dan media baharu seperti, blog, facebook, twitter dan internet. Kajian ini meneroka unsur satira yang disampaikan dalam teknik jenaka dengan menggunakan ikonik Pak Pandir Moden sebagai tunjang penganalisisan. Oleh hal demikian, hasil kajian menunjukkan bahawa kisah tradisi Pak Pandir masih lagi menjadi semiotik dalam kalangan masyarakat moden kini dalam mencerminkan kejelekan masyarakat. Malah penggunaan unsur kecindan melalui variasi bahasa dari elemen dialek sosial pula mempengaruhi aspek penyampaian kepada sesebuah penceritaan yang dihasilkan. Maka kajian ini menumpukan tentang apa yang diajukan pengarang, bagaimana ia diperagakan dan apakah kesan kepada perkembangan masyarakat penerima. Berdasarkan kajian ini juga diharapkan dapat mempertingkatkan perkembangan bidang Kesusasteraan folklore tradisi kepada folklore moden.