Bumi Cinta: Sorotan Takmilah Dalam Karya Tauhid

Kemunculan novel berorientasikan Islamisasi telah menzahirkan variasi penghasilan karya dalam bidang kesusasteraan. Penghasilan tema sebegini memecahkan ruyung tentang tema dan persoalan tipikal seperti percintaan, feminisme dan polemik politik yang sering digarapi pengarang. Habiburrahman El Shi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Faradi, Mohamed Ghazali, Nik Nurul Farhana, Sulaiman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1205/1/FH03-FBK-18-12106.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1205/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemunculan novel berorientasikan Islamisasi telah menzahirkan variasi penghasilan karya dalam bidang kesusasteraan. Penghasilan tema sebegini memecahkan ruyung tentang tema dan persoalan tipikal seperti percintaan, feminisme dan polemik politik yang sering digarapi pengarang. Habiburrahman El Shirazy, antara penulis malar hijau yang memberi suntikan kelainan dalam penghasilan novel sehingga karyanya menjadi fenomena dalam kalangan pembaca. Kebanyakan karya novel yang dihasilkan beliau berpaksikan unsur-unsur Islamisasi yang bukan hanya berimej sebagai sebuah karya hiburan semata-mata, namun bertindak sebagai elemen dalam membuai nilai kejiwaan akhlak terhadap pembaca. Kajian terhadap novel Bumi Cinta tulisan Habiburrahman El Shirazy dipilih bersandarkan cerminan dakwah yang diukur dengan bersandarkan pengaplikasian perspektif Teori Takmilah. Kajian ini merungkai sejauh mana tujuh prinsip takmilah yang digagaskan Shafie Abu Bakar, iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat kamal (sempurna), prinsip kerasulan sebagai insan kamil (sempurna), prinsip keislaman yang bersifat yang bersifat akmal (sempurna), prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat takmilah (sempurna), prinsip sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat takmilah (sempurna dan menyempurnakan), prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri (menyempurnakan) dan prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan kamil (sempurna) diajukan pengarang dalam karyanya. Menerusi penelitian kajian, ditemui beberapa elemen dalam teori takmilah dirincikan pengarang melalui paparan pada watak, teknik pembinaan ayat, diksi, petikan surah dari al-Quran, hadis serta kitab, dan teknik monolog dalaman sebagai medium penyampaian dakwah. Teori Takmilah sememangnya mendukung ajaran Tauhid dan ini bersesuaian dengan konsep sastera Islam dan secara tidak langsung memperlihatkan, peri pentingnya hubungan tiga dimensi antara karya – pengkarya - khalayak dalam menyampaikan perutusan yang bermanfaat demi kebaikan khalayak sastera Melayu-Islam.