Konsep Memelihara Maruah (Hifz Al-'Ird) Dakam Rawatan Materniti Di Malaysia
Rawatan materniti yang dijalankan ke atas wanita hamil dan ketika bersalin banyak melibatkan persoalan memelihara aurat dan maruah. Terdapat ketidakpuasan hati dalam kalangan wanita khasnya dan masyarakat amnya apabila bidang materniti ini dilihat seperti kurang menitikberatkan aspek memelihara m...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1182/1/FH03-FKI-18-12416.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1182/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Rawatan materniti yang dijalankan ke atas wanita hamil dan ketika bersalin banyak
melibatkan persoalan memelihara aurat dan maruah. Terdapat ketidakpuasan hati
dalam kalangan wanita khasnya dan masyarakat amnya apabila bidang materniti ini
dilihat seperti kurang menitikberatkan aspek memelihara maruah. Hal ini kerana ia
turut melibatkan perawat daripada kalangan lelaki serta menjalankan prosedur
rawatan yang dianggap melampaui batas kebenaran membuka aurat. Justeru,
kajian ini akan menganalisis persoalan ini dari perspektif maqasid al-syari’ah
dengan mengambil kira faktor keperluan perubatan. Analisis dilakukan dengan
menggunakan kaedah kajian dokumen terhadap manual dan garis panduan umum
rawatan materniti serta temu bual bersama perawat dalam bidang obstetrik dan
ginekologi (O&G). Hasil daripada analisis ini mendapati bahawa manual dan garis
panduan umum rawatan materniti di Malaysia telah mengambil kira aspek hifz al-‘ird
dengan mengutamakan menjaga privasi dalam setiap prosedur rawatan yang
dilakukan. Meskipun begitu, dari aspek aplikasinya, perincian terhadap elemen
maslahah dan mafsadah dalam setiap prosedur rawatan diperlukan bagi melihat
konsep hifz al-‘ird diaplikasikan menurut pemakaian yang selaras dengan maqasid
al-syari’ah. |
---|