Terapi Tauhid dan Praktis Amalannya dalam Tarekat Shādhuliyyah di Malaysia

Terapi tauhid merupakan suatu proses pemantapan rohani dan pembinaan peribadi yang dipraktis oleh para salik dalam perjalanan mencapai keredhaan Tuhan. Melalui prinsip utama penghayatan dan peneguhan akidah tauhid, para pengamal ditugaskan beberapa amalan dengan panduan seorang guru mursyid. Arti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syed Hadzrullathfi, Syed Omar, Nurul Aarifah, Musa
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1144/1/FH03-INSPIRE-18-12577.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1144/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terapi tauhid merupakan suatu proses pemantapan rohani dan pembinaan peribadi yang dipraktis oleh para salik dalam perjalanan mencapai keredhaan Tuhan. Melalui prinsip utama penghayatan dan peneguhan akidah tauhid, para pengamal ditugaskan beberapa amalan dengan panduan seorang guru mursyid. Artikel ini mengutarakan sebahagian aspek penerapan nilai tauhid yang diketengahkan oleh salah seorang guru rantaian Tarekat Shadhuliyyah, iaitu Shaykh Ibn ‘Aṭa’Allah al-Sakandarī. Praktik penghayatan konsep tersebut dikenal pasti dilaksanakan dalam tarekat Shadhuliyyah di Terengganu. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan meneliti elemen penghayatan tauhid daripada sumber primer kitab al-Ḥikam karya tokoh. Penelitian praktikalnya menerusi temu bual pengamal tarekat Shadhuliyyah yang merupakan muqaddim institusi tersebut di Negeri Terengganu. Kajian mendapati penghayatan nilai tauhid yang diterapkan tokoh bermula dengan kembalinya seseorang salik kepada Allah, diikuti sikap berharap dan berserah sepenuhnya kepada urus tadbir Allah SWT tanpa mengabaikan amalan dan tuntutan yang disyariatkanNya. Praktik pelaksanaannya dalam tarekat Shadhuliyyah bermula dengan baiah taḥkim, pengajian ilmu dan beramal dengan bacaan wirid dan khalwah. Kajian menyimpulkan bahawa amalan penghayatan tauhid yang dilaksanakan dengan tekun serta bertepatan panduan yang digariskan guru mursyid merupakan antara alternatif terbaik bagi memupuk kesejahteraan manusia.