Dimensi Fanā’ Dalam Menangani Stres

Fanā’ menurut disiplin ilmu tasawuf ialah suatu pengalaman kerohanian merujuk kepada tumpuan ingatan yang kuat hanya tertumpu kepada kebesaran serta keagungan Allah SWT. Hal tersebut dikukuhkan lagi dengan luntur perasaan kebergantungan hati terhadap selain daripada Allah SWT. Kajian ini bertujuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syed Hadzrullathfi, Syed Omar, Nur Syazana, Adam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1141/1/FH03-INSPIRE-18-12578.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1141/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fanā’ menurut disiplin ilmu tasawuf ialah suatu pengalaman kerohanian merujuk kepada tumpuan ingatan yang kuat hanya tertumpu kepada kebesaran serta keagungan Allah SWT. Hal tersebut dikukuhkan lagi dengan luntur perasaan kebergantungan hati terhadap selain daripada Allah SWT. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis konsep fanā’ yang terdapat dalam disiplin ilmu tasawuf dan keupayaannya untuk mengurangkan stres yang dihadapi oleh individu dalam kalangan masyarakat Islam kini. Kajian kualitatif ini menggunakan metode pengumpulan data dan analisis data. Dalam metode pengumpulan data, kajian telah menggunakan kaedah temu bual dengan para pengamal tarekat sufi di sekitar Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kesemua data yang diperolehi dalam kajian dianalisis berdasarkan metode induktif dan deduktif untuk menghasilkan dapatan penyelidikan. Kajian mendapati bahawa konsep fanā’ menurut pandangan pengamal tarekat sufi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia mampu untuk mengurangkan stres yang dihadapi oleh individu. Ini kerana kebergantungan hati hanya tertumpu kepada Allah SWT hingga setiap masalah yang menimpa mampu dipandang dari sudut positif dan yakin mempunyai penyelesaiannya. Kajian merumuskan bahawa konsep fanā’ mempunyai implikasi positif dalam kehidupan seharian yang berperanan sebagai terapi rohani dalam mengurangkan stres.