Konsep Ilmu dan Amal dalam Tasawuf
Konsep ilmu dan amal adalah suatu perkara yang utama diberi penekanan dalam disiplin ilmu tasawuf. Ilmu yang difokuskan dalam kontek disiplin ilmu tasawuf adalah merujuk kepada keyakinan hati dan peningkatan keyakinan hati dari satu tahap kepada satu tahap yang lebih baik. Ia juga diistilahkan se...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1138/1/FH03-FKI-18-12580.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1138/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Konsep ilmu dan amal adalah suatu perkara yang utama diberi penekanan dalam disiplin ilmu
tasawuf. Ilmu yang difokuskan dalam kontek disiplin ilmu tasawuf adalah merujuk kepada keyakinan hati
dan peningkatan keyakinan hati dari satu tahap kepada satu tahap yang lebih baik. Ia juga diistilahkan
sebagai hal hati yang berubah-ubah yang berlaku kepada seseorng pengamal tasawuf sehingga sampai ke
peringkat hal hati tersebut bersebati dalam diri seseorang dan tidak lagi berubah-ubah dan ia diistilah sebagai
maqam hati. Amal pula merujuk kepada tingkahlaku dan perbuatan zahir yang menjadi kesan kepada
perubahan hati yang dimiliki seseorang. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan peranan ilmu dan amal yang
dibincangkan dalam disiplin ilmu tasawuf terhadap perubahan hati seseorang pengamal tasawuf serta
mengenalpati hubungkait antara ilmu dan amal dalam usaha menjadikan seseorang itu sebagai insan muhsin
iaitu kemuncak perjalanan kerohanian seseorang hamba kepada keredaan Allah s.w.t. Kajian kualitatif ini
dilakukan berasaskan analisis kandungan dengan menggunakan pelbagai sumber disiplin ilmu tasawuf.
Kajian mendapati bahawa ilmu dan amal merupakan elemen-elemen penting dalam disiplin ilmu tasawuf
merupakan asas penting yang tidak boleh ditinggalkan seseorang yag ingin mencapai peningkatan tauhid
kepada Allah s.w.t. Ini adalah kerana semua ilmu dan amalan diterapkan dalam disiplin ilmu tasawuf adalah
bertujuan supaya wujudnya penghayatan tauhid kepada Allah s.w.t. yang merupakan tonggak utama dalam
akidah ahli sunnah wal jama`ah. Tanpa penghayatan tauhid, pegangan akidah diyakini hanya menjadi suatu
kepercayaan yang hambar, tidak kuat untuk menuntun pemiliknya ke arah kesempurnaan kehambaan diri
kepada Allah s.w.t.. Oleh itu, perlu dijelaskan bahawa ilmu dan amal bukan sekadar ilmu yang merujuk
kepada pengetahuan semata-mata dan bukan pula sekadar amalan yang merujuk kepada amalan pergerakan
anggota badan sahaja tanpa hubungan dengan perubahan sifat hati. |
---|