Pembinaan Domain Falsafah Keberhutangan Islam

Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menangani fenomena keberhutangan, jumlah kes keberhutangan sebaliknya menunjukkan peningkatan. Lebih membimbangkan apabila didapati peminjam Melayu mencatatkan jumlah hutang isi rumah yang tertinggi berbanding kaum India dan Cina, sedangkan Islam tida...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Azrin, Adnan, Mohamad Izzuddin, Abdul Aziz
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1026/1/FH03-FESP-18-12813.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1026/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menangani fenomena keberhutangan, jumlah kes keberhutangan sebaliknya menunjukkan peningkatan. Lebih membimbangkan apabila didapati peminjam Melayu mencatatkan jumlah hutang isi rumah yang tertinggi berbanding kaum India dan Cina, sedangkan Islam tidak menggalakkan budaya berhutang. Kenapa terjadinya masalah ini? Ia berkemungkinan besar didorong oleh ketidakfahaman tentang falsafah sebenar keberhutangan Islam. Justeru, kertas ini bertujuan untuk mengkaji falsafah keberhutangan yang sedia ada bagi mengemukakan beberapa domain asas falsafah keberhutangan yang sesuai untuk dipraktikkan dari sudut pandang Islam. Sebagai sebuah kajian kualitatif, kaedah analisis dokumen telah digunakan dengan menelusuri dan meneliti taksonomi falsafah keberhutangan konvensional dan Islam untuk melihat persamaan dan perbezaan intipati falsafah yang dibawa. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat lima domain asas mendasari falsafah keberhutangan Islam yang dapat dibuktikan melalui kitab-kitab karya ulama silam iaitu i) keperluan melayani kehendak, ii) berhutang mengikut tahap kemampuan, iii) pertimbangan awlawiyyat (keutamaan) dan iv) keberkatan dalam berhutang. Hasil dari perbincangan yang diketengahkan ini dapat memberi kesan dan impak kepada pembentukan indikator hutang produktif menurut perspektif syarak.