Pola dorongan sosial dan niat menderma darah dalam kalangan penderma darah

Pemupukan niat menderma darah yang konsisten penting untuk penglibatan yang berterusan dalam aktiviti ini. Motivasi untuk menggalakkan niat berterusan untuk menderma darah lahir daripada faktor psikologi seperti sikap positif, keyakinan diri dan persepsi tekanan sosial. Namun begitu, seseorang pende...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Juliana Rosmidah Jaafar,, Chong, Sheau Tsuey, Asmawati Desa,, Khadijah Alavi,, Kam, Wooi Seong
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9998/1/9611-36032-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9998/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/770
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemupukan niat menderma darah yang konsisten penting untuk penglibatan yang berterusan dalam aktiviti ini. Motivasi untuk menggalakkan niat berterusan untuk menderma darah lahir daripada faktor psikologi seperti sikap positif, keyakinan diri dan persepsi tekanan sosial. Namun begitu, seseorang penderma darah tidak boleh bergantung semata-mata terhadap faktor psikologikal kerana aspek ini boleh berubah mengikut penilaian seseorang berdasarkan frekuensi kekerapan pendermaan darah. Oleh itu, diandaikan bahawa penderma darah memerlukan dorongan daripada jaringan sosial sebagai agen untuk mengukuhkan konsistensi niat menderma darah. Makalah ini bertujuan meneroka pola dorongan jaringan sosial terhadap konsistensi niat menderma darah dalam kalangan kumpulan Penderma Darah Awalan (PDA) dan Penderma Darah Mapan (PDM). Data kajian diperolehi melalui sebelas sesi temubual separa struktur terhadap 20 orang penderma darah yang dipilih secara persampelan bertujuan di Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur. Data dianalisis secara bertema. Hasil kajian mendapati bahawa semua informan mempunyai konsistensi niat menderma darah. Kajian ini turut mendapati bahawa wujud pola dorongan sosial yang berbeza antara PDA dan PDM. PDA menunjukkan pola dorongan sosial berbentuk dwi-hala antara mereka dan jaringan sosial. Manakala PDM melaporkan pola secara sehala-eksternal, iaitu dorongan PDM kepada pihak luar. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pihak pengurusan bekalan darah untuk mempertimbangkan kepentingan peranan dorongan sosial terhadap pengekalan niat menderma darah. Kajian akan datang perlu mengkaji dengan lebih mendalam mengenai mekanisma untuk mengukuhkan pola dorongan sosial dalam kalangan penderma darah.