Perubahan gunatanah dan kejadian banjir di Lembangan Saliran Kelantan

Pembangunan secara drastik dan berskala besar mampu menyebabkan perubahan kepada alam sekitar serta mendedahkan manusia kepada kejadian bencana. Perubahan guna tanah daripada kawasan hutan kepada pelbagai jenis guna tanah lain seperti perbandaran, petempatan dan industri mampu memberikan kesan kep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tuan Pah Rokiah Syed Hussain,, Hamidi Ismail,
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9807/1/12ok.geografia-jan16-tuanpah-edam1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9807/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=1&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan secara drastik dan berskala besar mampu menyebabkan perubahan kepada alam sekitar serta mendedahkan manusia kepada kejadian bencana. Perubahan guna tanah daripada kawasan hutan kepada pelbagai jenis guna tanah lain seperti perbandaran, petempatan dan industri mampu memberikan kesan kepada kualiti alam sekitar. Perubahan terhadap kualiti alam sekitar iaitu daripada keadaan semula jadi yang akhirnya boleh menyebabkan wujudnya risiko bencana alam. Justeru, kawasan kajian juga tidak ketinggalan menerima kesan dan limpahan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan. Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menggalakkan pembangunan dalam sektor gunatanah seperti pembandaran, pelancongan dan rekreasi, kemudahan awam, perumahan dan sebagainya. Selain itu, keluasan gunatanah pertanian dan perhutanan pula adalah semakin mengecil atau terhimpit akibat hambatan pembangunan yang menuntut pelbagai aktiviti pembangunan dilakukan dengan mengubah corak gunatanah tersebut. Justeru, keadaan ini memperlihatkan bahawa manusia mula mengganggu persekitaran semulajadinya bagi memenuhi tuntutan kehidupannya. Oleh itu kajian ini, dengan penggunaan teknik Geographic Information System (GIS) meneliti tahap perubahan gunatanah yang berlaku. Hasil kajian mendapati, sememangnya berlaku perubahan gunatanah yang signifikan dalam kawasan kajian dalam tempoh 26 tahun. Selain itu, kajian ini juga meneliti hubungkaitan antara perubahan gunatanah dan ada kaitannya dengan peningkatan kekerapan dan intensiti bencana banjir yang berlaku di Lembangan Kelantan semenjak kebelakangan ini.