Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku dalam kalangan penyokong pasukan bola sepak di Malaysia
Kehadiran penyokong yang ramai apabila sesuatu perlawanan bola sepak berlangsung, adakalanya memberi kesan negatif terutama dari aspek keselamatan. Sukar bagi anggota keselamatan untuk memastikan semua penyokong yang berada di stadium mematuhi norma dan peraturan yang telah ditetapkan. Artikel ini...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9772/1/7x.geografia-dec15-nurhafizah-edkatam3.pdf http://journalarticle.ukm.my/9772/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=13&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kehadiran penyokong yang ramai apabila sesuatu perlawanan bola sepak berlangsung, adakalanya memberi kesan
negatif terutama dari aspek keselamatan. Sukar bagi anggota keselamatan untuk memastikan semua penyokong yang
berada di stadium mematuhi norma dan peraturan yang telah ditetapkan. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan
pola salah laku penyokong pasukan bola sepak di Malaysia serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Bagi tujuan
tersebut satu survei telah dijalankan terhadap 600 orang yang terdiri daripada penyokong pasukan bola sepak
Kelantan, Johor, Selangor dan Perak. Salah laku yang kerap dilakukan penyokong pasukan bola sepak termasuklah
yang melibatkan verbal dan fizikal. Antara jenis salah laku verbal yang dilakukan oleh penyokong bola sepak adalah
mengeluarkan perkataan lucah terhadap pemain dan pasukan lawan serta melakukan provokasi terhadap penyokong
lawan. Manakala, bagi salah laku fizikal pula, penyokong bola sepak lebih banyak terlibat dalam insiden membaling
objek ke tengah padang serta menyalakan suar. Antara faktor utama yang menyumbang kepada salah laku
penyokong semasa berada di stadium termasuklah ketidakpuasan hati terhadap pengadil dan kekecewaan terhadap
kekalahan pasukan yang disokong. Faktor ini menjadi penyebab kepada kelakuan agresif para penyokong. Sebagai
seorang penyokong, sikap profesional dan semangat kesukanan harus ada dalam diri setiap penyokong bagi
memastikan mereka tidak mudah terikut dengan emosi jika pasukan mengalami kekalahan. |
---|