Pengitlakan lengkung IDF untuk peristiwa ribut ekstrim di Semenanjung Malaysia

Lengkung keamatan-tempoh-kekerapan (IDF, daripada intensity-duration-frequency) adalah suatu model peristiwa ribut ekstrim yang mampu merumuskan ciri statistik penting dan menggambarkan hubungan antara keamatan, tempoh dan tempoh ulangan sesuatu peristiwa ribut. Tujuan kajian ini adalah untuk mendap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Aziz Jemain,, Noratiqah Mohd Ariff,, Mohd Aftar Abu Bakar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9734/1/jqma-11-2-paper4.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9734/
http://www.ukm.my/jqma/jqma11_2a.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lengkung keamatan-tempoh-kekerapan (IDF, daripada intensity-duration-frequency) adalah suatu model peristiwa ribut ekstrim yang mampu merumuskan ciri statistik penting dan menggambarkan hubungan antara keamatan, tempoh dan tempoh ulangan sesuatu peristiwa ribut. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan suatu taburan serta persamaan IDF teritlak untuk membina lengkung IDF teritlak bagi sebarang stesen curahan hujan di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, kajian ini mengenal pasti taburan kebarangkalian terbaik untuk dijadikan taburan teritlak bagi keamatan ribut maksimum tahunan untuk peristiwa ribut di Semenanjung Malaysia menggunakan kaedah momen-L. Seterusnya, dua set lengkung IDF dibina untuk keamatan ribut maksimum tahun di setiap stesen dengan masing-masing menggunakan taburan terbaik bagi stesen tersebut dan taburan teritlak yang dikenal pasti. Kedua-dua set lengkung IDF ini dibandingkan dengan data asal dan antara satu sama lain dengan menggunakan tiga indeks ketepatan padanan, iaitu peratusan pekali variasi punca min ralat kuasa dua, min peratusan perbezaan mutlak dan pekali penentuan. Berdasarkan hasil kajian ini, taburan nilai ekstrim teritlak merupakan taburan terbaik untuk dijadikan taburan teritlak bagi keamatan ribut maksimum tahunan di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kedua-dua set lengkung IDF yang dibina didapati sesuai untuk menggambarkan peristiwa ribut ekstrim di Semenanjung Malaysia dan perbezaan antara kedua-dua set lengkung adalah sangat kecil. Oleh itu, pengitlakan lengkung IDF dengan menggunakan taburan dan persamaan yang sama bagi setiap stesen curahan hujan dapat memudahkan pembinaan lengkung IDF di seluruh Semenanjung Malaysia dan membantu dalam pembentukan lengkung IDF di kawasan yang tiada stesen curahan hujan.