Kata soal bila dalam dialek Kedah Melayu Baling: satu analisis sintaksis

Konstruksi ayat soal dalam dialek membentuk satu fenomena yang sangat menarik. Kata soal yang sama di dalam suatu ayat soal boleh mempunyai dua posisi yang berbeza, iaitu di awal ayat atau di akhir ayat dalam dialek Melayu Utara. Oleh yang demikian, satu kajian lapangan telah dijalankan di Daerah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fazal Mohamed Mohamed Sultan,, Zaharani Ahmad,, Nor Hashimah Jalaluddin,, Harishon Radzi,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Bahasa dan LInguistik, FSSK, UKM 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/973/1/pp69_80.pdf
http://journalarticle.ukm.my/973/
http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konstruksi ayat soal dalam dialek membentuk satu fenomena yang sangat menarik. Kata soal yang sama di dalam suatu ayat soal boleh mempunyai dua posisi yang berbeza, iaitu di awal ayat atau di akhir ayat dalam dialek Melayu Utara. Oleh yang demikian, satu kajian lapangan telah dijalankan di Daerah Baling. Berpandukan analisis deskriptif ke atas data dialek Melayu Utara di Baling, Kedah, kajian ini mendapati kata soal bila boleh mempunyai kedua-dua posisi, iaitu di awal dan di akhir ayat. Posisi di awal ayat dikenali sebagai posisi in situ manakala posisi di akhir ayat dikenali sebagai posisi bergerak. Posisi in situ amat bertentangan daripada bahasa baku bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan menghuraikan kata soal bila melalui analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis (Chomsky, 1995) untuk menjawab persoalan dari segi posisi sebenar kata soal tersebut. Analisis sintaksis mendapati bahawa KOMP sememangnya mempunyai [uwh] yang kuat tetapi kekuatan berkenaan tidak mampu mewajibkan kata soal tersebut bergerak ke posisi skop dalam dialek Melayu Utara. Sebaliknya, analisis ini telah mendakwa bahawa posisi Spek FKOMP di hadiri oleh Op (operator kosong) pada posisi Spek FKOMP untuk menyemak fitur [uwh] yang kuat pada KOMP’. Kehadiran Op pula menghalang pergerakan kata soal argumen ke posisi skop. Analisis ini mendapati bahawa kata soal yang in situ atau bergerak tidak menjadi masalah untuk menyemak kesemua fitur sebelum Cetusan untuk menandakan suatu ayat soal itu