Hubungan antara tahap kesihatan mental dan prestasi pelajar sarjana muda: satu kajian di Universiti Utara Malaysia

Kesihatan mental adalah adalah komponen yang penting untuk pembentukan modal insan yang berprestasi tinggi. Modal insan yang mempunyai produktiviti tinggi adalah faktor penentu kepada pertumbuhan sesebuah negara. Lantas, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara tahap kesihatan mental pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shamzaeffa Samsudin,, Tan, Kevin Chee Hong
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9724/1/12264-33450-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9724/
http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/633
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesihatan mental adalah adalah komponen yang penting untuk pembentukan modal insan yang berprestasi tinggi. Modal insan yang mempunyai produktiviti tinggi adalah faktor penentu kepada pertumbuhan sesebuah negara. Lantas, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara tahap kesihatan mental pelajar sarjanamuda di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan prestasi mereka. Tahap kesihatan mental diukur menggunakan Soal Selidik Kesihatan Umum 12-item (12-item General Health Questionnaire (GHQ-12)) dan prestasi diukur berdasarkan Purata Mata Gred Terkumpul (PMK). Seramai 316 pelajar sarjana muda di UUM telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan kesan tahap kesihatan mental ke atas prestasi diuji dengan menggunakan model probit. Berdasarkan GHQ-12, 48% daripada responden mempunyai status kesihatan mental yang baik. Seramai 67.21% pelajar yang mempuyai PMK 3.67 dan ke atas mempunyai tahap kesihatan baik berbanding dengan hanya 36.08% untuk PMK di bawah 3.67. Berdasarkan model probit, didapati tahap kesihatan mental adalah signifikan pada aras keertian 1% dalam mempengaruhi PMK. Dapatan kajian ini memberi petunjuk kepada pembuat dasar bahawa kesihatan mental adalah faktor penting dalam mempengaruhi prestasi seseorang pelajar. Programprogram pendidikan kesihatan mental perlu dilaksanakan atau ditambah bagi meningkatkan kesedaran semua pihak terhadap kepentingan mental yang sihat di kalangan pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi.