Memahami pemikiran Melayu melalui pembingkaian makna leksis darah dalam peribahasa

Menekuni pemikiran Melayu daripada pelbagai sumber, seperti peribahasa adalah sesuatu yang mengujakan kerana melaluinya, pelbagai nilai dan falsafah hidup yang menjadi akar budaya masyarakat Melayu dapat difahami. Sesuatu yang menarik mengenai peribahasa ialah, peri pentingnya peribahasa hanya ak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hishamudin Isam,, Mashetoh Abd. Mutalib,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9455/1/11444-31067-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9455/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/710
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Menekuni pemikiran Melayu daripada pelbagai sumber, seperti peribahasa adalah sesuatu yang mengujakan kerana melaluinya, pelbagai nilai dan falsafah hidup yang menjadi akar budaya masyarakat Melayu dapat difahami. Sesuatu yang menarik mengenai peribahasa ialah, peri pentingnya peribahasa hanya akan dapat difahami apabila kita dapat memahami makna peribahasa, dan makna sesebuah peribahasa itu pula hanya dapat difahami, sekiranya kita dapat memahami lambang atau simbol yang menjadi inti dalam peribahasa yang dikaji. Bergerak daripada premis tersebut, kajian ini bertujuan menjelaskan pemikiran Melayu yang terpancar daripada bingkai makna darah, yang sering dijadikan simbol dalam peribahasa Melayu. Dengan menelusur sub korpus data peribahasa yang berpangkalan di www.malaycivilization.com/, sebanyak 116 peribahasa berkaitan darah telah diklasifikasikan mengikut kategori-kategori tertentu, berdasarkan prinsip kognitif. Hasil analisis menunjukkan bahawa, masyarakat Melayu sangat kreatif dalam membingkai makna darah, bermula dengan makna yang berkisar dalam domain [cecair] yang memerikan darah dalam dua kategori iaitu kategori umum (darah ialah darah) dan kategori khusus (darah mewakili penyakit dan warna), membawa kepada domain [perasaan] dan [sikap]. Perubahan domain ini bukan sahaja membuktikan kekreatifan masyarakat Melayu dalam berbahasa, malah dapat mengupas kehalusan dan ketajaman pemikiran serta akal budi orang Melayu ketika berbahasa.