Amalan dialog antara agama dalam kalangan ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor dan Pertubuhan Penyebaran

Dialog antara agama adalah merupakan interaksi antara pelbagai penganut agama untuk membina persefahaman dan memupuk sikap toleran antara satu sama lain. Dalam konteks negara ini, amalan dialog antara agama mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh pih...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Faizuddin Ramli,, Jaffary Awang,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9448/1/jurnal_hadhari_v6_n2_3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9448/
http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/kandungan/70-jil-6-2-2014
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dialog antara agama adalah merupakan interaksi antara pelbagai penganut agama untuk membina persefahaman dan memupuk sikap toleran antara satu sama lain. Dalam konteks negara ini, amalan dialog antara agama mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak NGO antaranya Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor. Kertas kerja ini akan membincangkan tahap dan bentuk amalan dialog antara agama kedua-dua ahli pertubuhan. Reka bentuk kajian adalah bersifat kuantitatif dan kualitatif. Bagi kuantitatif, seramai 60 ahli Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan 102 ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor telah terlibat sebagai responden. Bagi kualitatif, metode temu bual digunakan terhadap dua pimpinan setiap pertubuhan. Selain itu, sejumlah dokumen-dokumen pertubuhan seperti laporan tahunan, buletin, laman sesawang turut dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan dialog antara agama ahli Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) adalah pada tahap tinggi, dengan jumlah skor min sebanyak 3.50, manakala tahap amalan ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor adalah pada tahap sederhana, iaitu min sebanyak 3.35. Dapatan juga menunjukkan, bentuk amalan dialog antara agama ahli Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) lebih efektif daripada bentuk amalan dialog antara agama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor.