Kemahiran interpersonal guru dan hubungan dengan pencapaian akademik pelajar

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara kemahiran interpersonal guru dengan pencapaian akademik pelajar pintar cerdas. Kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan bagi mengutip data. Kajian melibatkan empat buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri Pahang dengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khalip Musa,, Hariza Abd. Halim,
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9434/1/Chap1new.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9434/
http://www.ukm.my/jurfpend/articles_for_vol_40(2)_2015.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara kemahiran interpersonal guru dengan pencapaian akademik pelajar pintar cerdas. Kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan bagi mengutip data. Kajian melibatkan empat buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri Pahang dengan responden seramai 226 orang pelajar tingkatan lima. Terdapat lapan jenis kemahiran interpersonal guru yang dicadangkan oleh teori kajian. Analisis deskriptif min menunjukkan tahap kemahiran interpersonal guru-guru adalah sederhana. Ujian Kolerasi pula menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kemahiran interpersonal guru dengan pencapaian akademik pelajar. Namun begitu analisis ANOVA menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan bagi kemahiran interpersonal guru antara empat buah MRSM terlibat. Kajian mencadangkan supaya guru-guru berusaha meningkatkan aplikasi kemahiran interpersonal kerana ia mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Dalam konteks pelajar pintar cerdas, pelaksanaannya perlu mengambil kira gaya pembelajaran dan sumber motivasi instrinsik kumpulan pelajar ini