Minyak pati beberapa bahagian pokok Goniothalamus ridleyi

Minyak pati Goniothalamus ridleyi daripada sampel segar dan kering bahagian kulit batang, kayu, buah, akar dan daun telah diekstrak menggunakan hidro penyulingan. Minyak pati tersebut telah dianalisis menggunakan kromatografi gas (KG) kapilari dan kromatografi gas-spektrometer jisim (KG-SJ). Komposi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Samsiah Jusoh,, Fasihuddin Ahmad,, Laily Din,, Zuriati Zakaria,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9366/1/06_Samsiah_Jusoh.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9366/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid44bil11_2015/KandunganJilid44Bil11_2015.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Minyak pati Goniothalamus ridleyi daripada sampel segar dan kering bahagian kulit batang, kayu, buah, akar dan daun telah diekstrak menggunakan hidro penyulingan. Minyak pati tersebut telah dianalisis menggunakan kromatografi gas (KG) kapilari dan kromatografi gas-spektrometer jisim (KG-SJ). Komposisi sebatian kimia dalam minyak pati telah dikenal pasti secara perbandingan data spektrum jisim sampel dengan spektrum jisim yang ada dalam rujukan Wiley, perbandingan pengiraan indeks penahanan dengan nilai kepustakaan dan ko-kromatografi bagi sesetengah sebatian dengan sebatian autentik pada turus kapilari DB-5. Sebanyak 50 sebatian telah dikenal pasti dan mewakili 89.5% minyak pati kulit batang segar G. ridleyi. Minyak pati daripada kulit batang segar kaya dengan sebatian linalool (15.2%) dan sitronellal (10.9%). Sejumlah 47 sebatian telah dikenal pasti dan mewakili 90.1% jumlah minyak pati kayu segar yang menunjukkan kehadiran sebatian utama β-eudesmol (27.1%) dan γ-eudesmol (20.8%). Sementara itu, minyak pati daripada bahagian buah menunjukkan kehadiran 49 sebatian serta mewakili 89.8% jumlah minyak pati. Sebatian utama dalam minyak pati buah adalah β-kubebena (20.7%) dan elemol (20.2%). Sebatian utama dalam sampel segar adalah sama dengan sebatian utama dalam sampel kering, kecuali bahagian sampel kering didapati kaya dengan sebatian-sebatian seperti β-karyofilena, limonena, β-selinena, viridifloral, α-kopaena dan cyperena.