Masalah dan cabaran tanah adat Minang di dunia Melayu Malaysia dan Indonesia (Issues and challenges of the Minang customary land in the Malay world of Malaysia and Indonesia)

Penelitian terhadap dunia Melayu Malaysia-Indonesia juga terkait dengan peruntukan tanah yang menjadi identiti masyarakat Minang dikedua-dua buah negara. Justeru itu, kertas ini membincangkan persoalan yang menyentuh perihal peruntukan formal dan informal tanah adat dikedua-dua buah negara dengan me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azima Abdul Manaf,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/923/1/7.2009-1-azima_abdul_manaf-melayu-3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/923/
http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penelitian terhadap dunia Melayu Malaysia-Indonesia juga terkait dengan peruntukan tanah yang menjadi identiti masyarakat Minang dikedua-dua buah negara. Justeru itu, kertas ini membincangkan persoalan yang menyentuh perihal peruntukan formal dan informal tanah adat dikedua-dua buah negara dengan merujuk khusus kepada peruntukan tanah adat yang diamalkan oleh masyarakat Minang di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Malaysia dan di Batu Sangkar di Sumatera Barat, Indonesia. Perincian terhadap situasi di Indonesia menunjukkan bahawa isu pemberian surat milikan tanah adat menyebabkan tanah adat berhadapan dengan cabaran perlucutan pemilikan tanah adat. Perincian terhadap situasi di Malaysia pula menonjolkan isu betapa peruntukan mengekang tanah adat daripada dijual mahupun disewa ditambah dengan jumlah pemilikan yang ramai telah menyebabkan tanah adat di Malaysia menjadi tanah yang tidak diusahakan dan terbiar. Kesimpulannya, kertas ini mencadangkan agar Malaysia dan Indonesia menjalin kerjasama bagi memikirkan cara-cara menangani isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh tanah adat/ulayat di kedua-dua negara ini demi mempertahankan kesinambungan dunia Melayu.