Keefisienan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan di Wilayah Bandaraya Kuala Lumpur: perspektif komuniti (The efficiency of local authorities in providing services in the Kuala Lumpur city: a community perspective)

Matlamat menawarkan perkhidmatan yang efisien menjadi salah satu matlamat utama dalam proses wilayah bandaraya Kuala Lumpur menjadi bandaraya dunia menjelang 2020. Ini bemakna semua kawasan yang ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya mampu menawarkan kehidupan yang sejahtera dan kond...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamzah Jusoh,, Habibah Ahmad,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/922/1/6.2009-1-Hamzah-melayu-1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/922/
http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Matlamat menawarkan perkhidmatan yang efisien menjadi salah satu matlamat utama dalam proses wilayah bandaraya Kuala Lumpur menjadi bandaraya dunia menjelang 2020. Ini bemakna semua kawasan yang ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya mampu menawarkan kehidupan yang sejahtera dan kondusif. Walau bagaimanapun, oleh kerana wilayah bandaraya Kuala Lumpur melibatkan pihak berkuasa tempatan yang berlainan status, antaranya majlis bandaraya atau majlis perbandaran ataupun majlis daerah, langkah untuk menghasilkan suatu sistem perkhidmatan yang menepati semua kelompok penghuni bandaraya adalah sangat mencabar. Sehubungan itu juga timbul tanda tanya apakah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan di wilayah ini mencapai satu piawai keefisienan yang memenuhi kehendak penduduknya. Perkhidmatan manakah yang bertindak efisien dan sebaliknya? Adakah perkhidmatan order tinggi semata-mata ataupun perkhidmatan asas sahaja? Kertas ini membentangkan dapatan dari temuselidik yang dijalankan terhadap 698 responden di 13 buah PBT Kuala Lumpur dan Selangor mengenai perspektif komuniti awam terhadap tahap keefisienan perkhidmatan di wilayah bandaraya Kuala Lumpur .Analisis hasil kajian menunjukkan bahawa komuniti awam menganggap keefisienan perkhidmatan bandaraya haruslah didahului oleh komponen ekonomi, kemudahan masyarakat dan sosial, infrastruktur dan utiliti, rekabentuk, imej dan lanskap, pengangkutan dan perhubungan, perumahan, perdagangan dan perkhidmatan. Ini diikuti pula oleh keefisienan perkhidmatan perkilangan dan perindustrian, pelancongan dan kebudayaan, governans, alam sekitar dan perkhidmatan online. Kertas ini merumuskan bahawa perspektif komuniti awam sebegini adalah amat penting dalam membantu pihak berkuasa tempatan mempertingkat tahap keefisienan governans bandaraya