Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) di Malaysia: analisis hubungan keseimbangan dengan pemboleh ubah makroekonomi
Malaysia kini dianggap sebagai pemimpin dalam pembiayaan Islam sehingga pengalamannya merintis pelbagai cabang pembiayaan Islam dapat menjadi petunjuk kepada mereka yang sedang atau merancang untuk menurut jejak langkah Malaysia dalam bidang ini. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujuda...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9211/1/6xx.geografia-april15-yusnianis-edam.pdf http://journalarticle.ukm.my/9211/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=4&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Malaysia kini dianggap sebagai pemimpin dalam pembiayaan Islam sehingga pengalamannya merintis pelbagai
cabang pembiayaan Islam dapat menjadi petunjuk kepada mereka yang sedang atau merancang untuk menurut jejak
langkah Malaysia dalam bidang ini. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang
dan pendek antara pemboleh ubah Amanah Pelaburan Hartanah Islam (Islamic Real Estate Investment Trust) dengan
pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari
Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR) yang piawai.
Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan
Indeks Harga Pengguna, Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam, Kadar Tukaran
Asing dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian VECM, didapati bahawa IREIT
bukan penyebab Granger jangka pendek kepada semua pemboleh ubah makroekonomi, tetapi pemboleh ubah
Indeks Pengeluar Industri, Indeks Harga Pengguna dan Penawaran Wang merupakan penyebab Granger jangka
pendek kepada pemboleh ubah I-REIT. Oleh itu, didapati prestasi I-REIT banyak dipengaruhi oleh pemboleh ubah
makroekonomi di Malaysia. |
---|