Hubungkaitan intensiti hujan dengan suhu kecerahan awan menerusi aplikasi maklumat satelit geo-pegun MTSAT-IR

Maklumat tentang intensiti hujan dari stesen cerapan hujan sangat berguna bagi tujuan peramalan. Penggunaan kaedah gema radar bagi menganggar curahan hujan mempunyai kelemahan tersendiri terutamanya terhadap batasan wilayah jangkauannya yang terhad serta aspek teknikal khususnya aspek kalibrasi pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noorazuan Md Hashim,, Yaakob Mohd Jani,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9206/1/1xx.geografia-april15-azuan%26yakob-edkatam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9206/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=4&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Maklumat tentang intensiti hujan dari stesen cerapan hujan sangat berguna bagi tujuan peramalan. Penggunaan kaedah gema radar bagi menganggar curahan hujan mempunyai kelemahan tersendiri terutamanya terhadap batasan wilayah jangkauannya yang terhad serta aspek teknikal khususnya aspek kalibrasi peralatan yang memerlukan kepakaran dan kos yang tinggi. Artikel ini menganalisis hubungan antara suhu kecerahan awan berdasarkan maklumat inframerah satelit geo-pegun MTSAT dengan intensiti hujan di permukaan bumi. Pemilihan satelit geopegun MTSAT dilakukan memandangkan kekerapan imej secara temporal yang sangat mencukupi (24 imej/hari) serta resolusi spatialnya yang sederhana (4 km/piksel). Kajian awalan ini telah menunjukkan bahawa maklumat suhu kecerahan awan daripada kedua-dua jalur inframerah dan wap air MTSAT-IR berupaya dalam menganggarkan intensiti hujan dalam tempoh kajian yang dilakukan. Bagaimanapun, terdapat banyak usaha yang perlu dilakukan sebelum pembentukan model anggaran hujan berdasarkan maklumat imej satelit MTSAT-IR yang mempunyai tahap kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi.