Menafsir keperluan masyarakat dalam perancangan pembangunan bekas tapak pelupusan di sekitar kawasan perbandaran di Malaysia

Pembangunan semula brownfield khususnya brownfield kategori B yang sesuai dengan kehendak masyarakat adalah satu kaedah perancangan bandar yang baharu di Malaysia. Artikel ini bertujuan mentafsir keperluan masyarakat berdasarkan keutamaan isu yang perlu diatasi; jenis pembangunan semula; dan fungs...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mazifah, S, Azahan, A, Kadir, A
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9197/1/12x.full-geojun15-maz-edkatam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9197/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=6&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan semula brownfield khususnya brownfield kategori B yang sesuai dengan kehendak masyarakat adalah satu kaedah perancangan bandar yang baharu di Malaysia. Artikel ini bertujuan mentafsir keperluan masyarakat berdasarkan keutamaan isu yang perlu diatasi; jenis pembangunan semula; dan fungsi pembangunan sebagai taman awam sebelum pembangunan semula bekas tapak pelupusan dilakukan. Kajian persepsi ini dilakukan ke atas 375 respoden yang tinggal di sekitar empat kawasan bekas tapak pelupusan di Jinjang Utara, Paka Sg Besi, Ayer Hitam dan Indera Mahkota. Hasil kajian menunjukkan masyarakat mempunyai susunan keutamaan tersendiri bagi ketigatiga perkara membabitkan isu, jenis dan fungsi pembangunan bekas tapak pelupusan di sekitar kawasan kediaman mereka. Perkara paling pokok yang diberi keutamaan oleh masyarakat dari segi isu ialah bau busuk; bagi jenis pembangunan keutamaannya ialah taman rekreasi; dan bagi fungsi pembangunan keutamaannya ialah sebagai kawasan aktiviti rekreasi luar masyarakat. Keutamaan ini penting untuk dijadikan panduan asas kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia dalam mengenal pasti keperluan masyarakat bagi membangunkan semula bekas tapak pelupusan di persekitaran kawasan kediaman mereka.