Kesedaran pembangunan, kesediaan diri dan penerimaan perubahan : komponen meningkatkan kualiti hidup masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat, Selangor

Masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat diasak oleh rebakan pembandaran metropolitan Kuala Lumpur yang mempengaruhi kualiti hidup penduduk setempat sebagai masyarakat pinggir bandar. Rebakan pembandaran yang pesat membangun mengakibatkan masyarakat pinggir bandar tidak bersedia sepenuhnya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Samruhaizad Samian @ Samion,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM 2015
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9184/1/Kesedaran_pembangunan_dan_kesediaan_diri.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9184/
http://www.ukm.my/iman/index.php/en/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat diasak oleh rebakan pembandaran metropolitan Kuala Lumpur yang mempengaruhi kualiti hidup penduduk setempat sebagai masyarakat pinggir bandar. Rebakan pembandaran yang pesat membangun mengakibatkan masyarakat pinggir bandar tidak bersedia sepenuhnya dalam memantapkan diri mengimbangi kehidupan berkualiti untuk seiring dengan perubahan pembandaran di pinggiran. Rebakan pembangunan di pinggir bandar merupakan salah satu ancaman kepada masyarakat pinggiran dalam usaha mengekalkan kualiti hidup, malah pembangunan yang tidak terkawal akan mengakibatkan keselesaan yang dinikmati oleh sesebuah masyarakat pinggiran bertukar kepada peningkatan kos sara hidup yang tinggi, masalah kesesakan lalu lintas, kepadatan penduduk, ruang penempatan yang semakin sempit, gejala hidup sosial yang bebas, peningkatan jenayah yang berleluasa, kehilangan sumber alam dan pelupusan khazanah bumi yang merupakan warisan generasi masa hadapan. Penduduk merupakan aspek terpenting dalam sebuah sistem habitat kediaman sama ada penempatan di kampung, pinggir bandar dan juga di bandar. Penyediaan keperluan yang sempurna dan tingkat perkhidmatan yang selesa dalam setiap habitat kehidupan seharusnya mampu meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik. Hasil kajian mendapati terdapat tiga komponen yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat dalam memastikan kualiti hidup yang baik dapat dinikmati secara berterusan iaitu komponen kesedaran pembangunan, kesediaan diri dan penerimaan perubahan. Komponen ini menunjukkan bahawa kesedaran pembangunan masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat berada pada tahap yang rendah dengan 42.54±6.53 dan kesediaan diri yang juga rendah dengan skor 42.25±7.55. Namun masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat mencatatkan penerimaan perubahan yang berlaku di pinggir bandar pada tahap yang sederhana 47.00±8.33. Namun begitu secara keseluruhannya penerimaan rebakan pembandaran yang berlaku di pinggir bandar masih rendah pada pencapaian 43.91±7.47. Ini menunjukkan bahawa kualiti hidup masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat adalah masih rendah.