Ilmu perubatan Melayu tradisional dari naskhah-naskhah Lama

Makalah ini membicarakan ilmu perubatan Melayu Tradisional dari sumber tertulis iaitu manuskrip-manuskrip atau naskhah-naskhah lama Melayu yang tersimpan dalam pelbagai koleksi dunia. Sumber utama ialah dari koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia yang menyimpan sekitar 40 naskha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Harun Mat Piah,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM 2012
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9161/1/Ilmu_perubatan_Melayu_tradisional_dari_naskhah2_lama.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9161/
http://www.ukm.my/iman/index.php/en/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membicarakan ilmu perubatan Melayu Tradisional dari sumber tertulis iaitu manuskrip-manuskrip atau naskhah-naskhah lama Melayu yang tersimpan dalam pelbagai koleksi dunia. Sumber utama ialah dari koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia yang menyimpan sekitar 40 naskhah dengan judul atau dalam kategori “Kitab Tib”. Skop perbincangan termasuk kandungan beberapa naskhah Kitab Tib yang dipilih, liputan dari segi nama dan bentuk penyakit, kaedah rawatan, ubat, proses pembuatan ubat, bahan dan ramuan, kaedah penggunaan, pantang larang dan cara pencegahan penyakit. Dibicarakan juga khasiat perubatan beberapa jenis ramuan, khususnya dari jenis herba yang ada hubungannya dengan pengubatan dan pemakanan untuk kesihatan secara umum. Rujukan khusus perbincangan ini ialah Kitab Tajul Muluk, sebagai sebuah kitab tib yang tipikal dan Kitab Tib – Ilmu Perubatan Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia 2006 hasil dari kajian dan selenggaraan penulis; sementara pemilihan aspek dan item yang di bincang ialah yang mempunyai perkaitan dan kerelevanannya dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia masa kini.