Model pemantapan kebolehgajian graduan teknologi maklumat: kajian kes di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

Institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia merangka strategi yang berterusan bagi memasti kebolehgajian graduan lepasan universiti tempatan, khususnya dalam bidang teknologi maklumat (TM). Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya, mengambil inisia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dian Indrayani Jambari,, Umi Asma’ Mokhtar,, Hana Yasmein Ishak,, Mohd Ridzwan Yaakub,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9098/1/9844-27634-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9098/
http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/631
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia merangka strategi yang berterusan bagi memasti kebolehgajian graduan lepasan universiti tempatan, khususnya dalam bidang teknologi maklumat (TM). Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya, mengambil inisiatif meningkat kebolehgajian dan kualiti graduan dengan menubuh Unit Pembangunan Industri dan Profesional (UPIP) di bawah Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM). Bagi merealisasi strategi tersebut, satu kajian mengguna pendekatan Kajian Tindakan dilaksana bagi membangun Model Pemantapan Kebolehgajian Graduan. (Graduate Employability enhanceMent (GEM)). Model tersebut membentuk pelan bagi menghasil graduan yang berpengetahuan luas, kompeten dan sedia-industri. Model GEM mengandungi trek program yang menambah baik Sistem Pengajian Prasiswazah berlandaskan moto “GEM programme nurtures nations great IT Professionals”. Program GEM menjadi platform penyaluran teknologi dan latihan profesional daripada sektor industri dan perkhidmatan. Model GEM disah melalui pelaksanaan satu program GEM iaitu FTSM Summer School dengan kerjasama International Business Machine (IBM). Analisis program mendapati majoriti peserta berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh dua bulan selepas menjalani program. Program GEM juga didapati menambah nilai dua kursus prasiswazah melalui kandungan modul teknologi terkini sekali gus mengesah model GEM dapat memantap kebolehgajian graduan TM khususnya di FTSM.