Syair Tawarikh Zainal Abidin yang ketiga sebuah Karya Agung Terengganu
Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) terkenal dalam sejarah kesultanan Terengganu sebagai seorang sultan yang adil dan alim serta membawa kemajuan hidup masyarakat Terengganu sehingga awal abad ke-20. Baginda adalah seorang sultan yang berpegang teguh kepada tradisi kesultanan Melayu, pemeliharaan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8933/1/Syair_tawarikh_zainal_abidin_yang_ketiga_....pdf http://journalarticle.ukm.my/8933/ http://www.ukm.my/iman/index.php/en/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) terkenal dalam sejarah kesultanan Terengganu sebagai seorang sultan yang adil
dan alim serta membawa kemajuan hidup masyarakat Terengganu sehingga awal abad ke-20. Baginda adalah seorang
sultan yang berpegang teguh kepada tradisi kesultanan Melayu, pemeliharaan adat istiadat dan kemuliaan agama Islam
sebagai asas kepada baginda dalam mengekang kedatangan pengaruh Inggeris di Terengganu ketika itu. Makalah ini
bermatlamat untuk membaca dan menilai kembali beberapa peranan penting yang telah dilakukan oleh Sultan Zainal
Abidin III sepanjang tempoh pemerintahan baginda yang banyak terakam dalam sebuah syair yang berjudul Syair
Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga hasil nukilan Tengku Dalam Kalthum pada tahun 1936. Isi kandungan syair menjadi
catatan-catatan sejarah sosiobudaya tentang nilai, adat istiadat dan agama, serta juga mencirikan sifat-sifat seorang
pemerintah yang mempertahankan institusi kesultanan dan budaya hidup Melayu pada zaman kolonial. Di samping itu,
kekuatan Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga turut terserlah melalui ketinggian daya kreativiti Tengku Dalam
Kalthum dalam menyusun peristiwa dan menyampaikannya secara berkesan melalui 3084 buah rangkap syair yang
menarik dibaca. Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga bukanlah sebuah syair yang biasa tetapi memiliki ciri-ciri
keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri sehingga boleh diangkat sebagai sebuah Karya Agung Terengganu.
Oleh itu, makalah ini bermatlamat untuk membincangkan kekuatan dan kedudukan Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang
Ketiga sebagai sebuah Karya Agung yang pernah lahir dalam sejarah persuratan Terengganu. |
---|