Wanita Perpatih dan keusahawanan di Negeri Sembilan: suatu tinjauan geografi sejarah

Kedudukan wanita dalam Adat Perpatih adalah sangat penting kerana melalui mereka zuriat nasab ibu diturunkan. Wanita berperanan sebagai pewaris harta pusaka seperti tanah dan rumah. Hal ini menjadi asas kepada kemandirian ekonomi dan kemunculan keusahawanan mereka. Kajian ini merupakan tinjauan ge...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Midawati,, Amriah Buang,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8912/1/12x.geografia-feb15-mida-edam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8912/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=2&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kedudukan wanita dalam Adat Perpatih adalah sangat penting kerana melalui mereka zuriat nasab ibu diturunkan. Wanita berperanan sebagai pewaris harta pusaka seperti tanah dan rumah. Hal ini menjadi asas kepada kemandirian ekonomi dan kemunculan keusahawanan mereka. Kajian ini merupakan tinjauan geografi sejarah keusahawanan wanita Adat Perpatih di Negeri Sembilan yang menggunakan sumber-sumber maklumat dan literatur sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa sejak kedatangan peniaga Minangkabau dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat pada abad 11 hingga 12 keusahawanan wanita Adat Perpatih di Rembau telah dapat berkembang sehingga ke abad19. Kemudian telah berlaku penurunan ekoran daripada polisi tanah dan pertanian penjajahan Inggeris dan terhakisnya pengaruh budaya asal Minangkabau yang kesemuanya mengakibatkan berkurangnya peranan wanita Adat Perpatih Rembau dalam pertanian dan keusahawanan. Kini, wanita Adat Perpatih Rembau yang tinggal di kampung bergantung kepada kiriman dan pemberian wang daripada keluarga mereka yang merantau di bandar. Tanah-tanah pusaka mereka telah menjadi tanah terbiar dan kebun getah mereka telah menjadi hutan.