Nota Penyelidikan Pengaruh sosio-ekonomi terhadap pemilikan kenderaan di Kota Kinabalu Sabah
Mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian adalah salah satu cabaran utama dalam pembangunan sistem pengangkutan yang mampan. Untuk menilai keberkesanan dasar, adalah perlu untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku pemilikan kenderaan persendirian. Kertas ini memp...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8898/1/16ok.geografia-jan15-harifah-edam.pdf http://journalarticle.ukm.my/8898/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=1&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian adalah salah satu cabaran utama dalam
pembangunan sistem pengangkutan yang mampan. Untuk menilai keberkesanan dasar, adalah perlu untuk
memahami faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku pemilikan kenderaan persendirian. Kertas ini
memperincikan pengaruh sosio-ekonomi isi rumah terhadap pemilikan kenderaan persendirian berdasarkan dapatan
kaji selidik di lapangan yang melibatkan 988 responden di pusat bandaraya Kota Kinabalu. Data kajian dianalisis
dengan ujian Khi Kuasa Dua dan Regresi Logistik. Ujian-ujian statistik ini menunjukkan pengguna yang bekerja
sepenuh masa, umur dewasa, pendapatan RM2000 keatas, berkahwin serta pasangan hidupnya bekerja berpotensi
tinggi memiliki kenderaan persendirian. Sebaliknya pengangkutan awam digunakan kebanyakannya oleh pengguna
yang remaja, tidak bekerja (pelajar atau surirumah) atau yang bekerja separuh masa, berpendapatan RM800
kebawah dan masih bujang. Namun sasaran ini berpotensi berpindah kepada kenderaan persendirian sekiranya
terdapat perubahan dalam kehidupan sosioekonomi mereka. Ini bermakna individu yang stabil sumber
kewangannya dan berkeluarga adalah lebih cenderung menggunakan kenderaan persendirian berbanding
pengangkutan awam. Penemuan terperinci begini dapat membantu pihak berkuasa dalam perancangan polisinya
terhadap pemilikan kenderaan di Kota Kinabalu pada masa hadapan. |
---|