Penggunaan metadata bisnes dalam pemodelan data sumber transaksi agen (sta)

Pemodelan proses bisnes adalah satu cara perwakilan sesebuah organisasi bagi memboleh organisasi dianalisis dan diberi penambahbaikan. Pembangunan model proses bisnes yang semakin kompleks boleh dibantu dengan penggunaan metadata iaitu sama ada metadata bisnes atau metadata teknikal. Metadata bisn...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim Mohamed,, Mohamad Fauzan Noordin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8855/1/1665-24602-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8855/
http://ejournal.ukm.my/apjitm/issue/view/609
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemodelan proses bisnes adalah satu cara perwakilan sesebuah organisasi bagi memboleh organisasi dianalisis dan diberi penambahbaikan. Pembangunan model proses bisnes yang semakin kompleks boleh dibantu dengan penggunaan metadata iaitu sama ada metadata bisnes atau metadata teknikal. Metadata bisnes boleh bertindak sebagai suatu alat komunikasi di antara pengamal bisnes dan pasukan teknikal teknologi maklumat. Terdapat keperluan bagi memadan metadata bisnes dan metadata teknikal, bagi membantu komunikasi berkesan ahli bisnes dan teknikal dalam pembangunan model bisnes. Model data Sumber-Transaksi-Agen (STA) diperkenal sebagai sebuah teknik pemodelan yang mengguna metadata bisnes. Penggunaan metadata bisnes oleh model data STA bertujuan membantu ahli bisnes terlibat atau mengambil bahagian dalam pemodelan data bisnes bagi sesuatu proses pembangunan sistem. Satu kajian dijalankan melalui lima kumpulan bengkel melibatkan 206 peserta, bagi menilai keberkesanan dan kecekapan penggunaan model data STA. Hasil kajian menunjukkan model data STA adalah teknik pemodelan data yang berkesan dan cekap. Hasil kajian mendapati peserta kajian dapat menyertai proses pemodelan dengan berkesan dan cekap kerana terma yang diguna adalah dikenali dan mesra-bisnes.