Menerajui Program Doktor Pendidikan: dilema, cabaran dan potensi perkembangan
Doktor pendidikan (EdD) merupakan satu program bertaraf kedoktoran yang semakin popular pada masa kini. Selain daripada program PhD, program doktor profesional sebegini merupakan program ijazah akademik yang tertinggi yang ditawarkan oleh universiti. Namun, banyak pihak yang masih mempunyai pemaha...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8847/1/8Menerajui.pdf http://journalarticle.ukm.my/8847/ http://www.ukm.my/jurfpend/articles_for_vol_40(1)_2015.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Doktor pendidikan (EdD) merupakan satu program bertaraf kedoktoran yang semakin popular pada masa kini. Selain
daripada program PhD, program doktor profesional sebegini merupakan program ijazah akademik yang tertinggi
yang ditawarkan oleh universiti. Namun, banyak pihak yang masih mempunyai pemahaman yang kabur tentang
perbezaan antara program EdD dan PhD. Kekeliruan ini telah menghasilkan salah faham dan anggapan yang kurang
munasabah terhadap program ini. Pandangan yang kurang tepat terhadap program ini adalah memudaratkan kerana
ia meninggalkan kesan negatif terhadap pemilihan calon, penyeliaan calon dan pandangan umum terhadap hala tuju,
kualiti dan kredential graduan EdD. Kertas tinjauan literatur ini akan meneliti isu ini, terutamanya yang berkaitan
dengan dilema dan cabaran yang dihadapi oleh pihak pentadbiran fakulti dalam pengendalian kursus doktor pendidikan.
Dapatan tinjauan literatur ini akan digunakan untuk merancang arah perkembangan program EdD yang memanfaatkan
kedua-dua pihak calon EdD dan pihak pentadbiran fakulti. Yang penting sekali, hasil tinjauan ini diharapkan bakal
menyumbang kepada perkembangan program EdD untuk memenuhi keperluan tenaga pendidik yang bermutu tinggi
dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. |
---|