Pencirian dan aktiviti antibakteria endofit Streptomyces sp. dari Hutan Simpan Penyelidikan UKM Bangi

Endofit yang bersimbiosis dengan tumbuhan merupakan mikroorganisma yang terdapat dalam satu sistem jaringan tumbuhan seperti pada akar, daun, batang atau ranting. Ianya dapat menghasilkan metabolit sekunder yang berpotensi untuk digunakan dalam bidang kesihatan sebagai sumber penghasilan antibioti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zin, N.M., Nur-Faizah, A.B., Aishah, I., Baba, M.S., Sidik, N.M.
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8716/1/44_1_18.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8716/
http://www.mabjournal.com/index.php?option=com_content&view=article&id=505&catid=59:current-view&Itemid=56
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Endofit yang bersimbiosis dengan tumbuhan merupakan mikroorganisma yang terdapat dalam satu sistem jaringan tumbuhan seperti pada akar, daun, batang atau ranting. Ianya dapat menghasilkan metabolit sekunder yang berpotensi untuk digunakan dalam bidang kesihatan sebagai sumber penghasilan antibiotik. Kajian ini bertujuan memencilkan endofit Streptomyces sp. daripada pelbagai tumbuhan ubatan endemik. Kesemua pencilan telah dikenalpasti melalui pemerhatian secara makroskopik dan mikroskopik. Sebanyak 28 pencilan (32%) yang bercirikan Streptomyces sp. telah berjaya dipencilkan menggunakan media pemencil ISP2. Kesemua pencilan adalah bergram positif, mempunyai filamen bercabang serta berbau tanah yang merupakan ciri penting Streptomyces sp. Daripada pemerhatian secara makroskopik, didapati kebanyakan koloni yang terbentuk mempunyai permukaan yang tidak rata serta bersifat kering berkapur. Warna miselium udara pencilan adalah berbeza iaitu kelabu, putih kuning, putih serta hijau kelabu. Selain itu, warna miselium substrat ialah putih kuning, coklat, jingga tua, hijau zaitun dan kelabu muda. Amat menarik kerana terdapat beberapa pencilan yang berbeza cirinya telah dipencilkan daripada pokok yang sama. Selain dari itu, terdapat beberapa pencilan yang mempunyai aktiviti antibakteria yang memberikan perencatan 100% terhadap bakteria ujian.