Pemeringkatan keutamaan syarikat insurans dengan pembuatan keputusan multi-kriterium

Insurans perubatan dan kesihatan kini menjadi satu keperluan bagi rakyat Malaysia disebabkan oleh kos rawatan dan ubat-ubatan yang semakin meningkat. Kini, terdapat banyak syarikat insurans di pasaran yang mengeluarkan pelbagai jenis polisi insurans perubatan dan kesihatan. Hal ini mengakibatkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Leong, Lee Shin, Noriza Majid,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8605/1/jqma-10-2-paper3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8605/
http://www.ukm.my/jqma/jqma10_2a.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Insurans perubatan dan kesihatan kini menjadi satu keperluan bagi rakyat Malaysia disebabkan oleh kos rawatan dan ubat-ubatan yang semakin meningkat. Kini, terdapat banyak syarikat insurans di pasaran yang mengeluarkan pelbagai jenis polisi insurans perubatan dan kesihatan. Hal ini mengakibatkan pengguna menghadapi masalah dalam membuat keputusan untuk memilih syarikat insurans yang bersesuaian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor demografi yang mendorong pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat keputusan semasa memilih syarikat insurans. Soal selidik dijalankan dan ujian Mann Whitney serta Kruskal-Wallis digunakan untuk melihat faktor demografi yang mendorong pengguna memilih syarikat insurans. Kaedah Teknik Keutamaan Tertib Mengikut Persamaan dengan Penyelesaian Ideal (TOPSIS) juga digunakan untuk mengkaji pemeringkatan keutamaan syarikat insurans yang digemari oleh pengguna berdasarkan lima kriterium, iaitu premium, jenis dan nama syarikat, perkhidmatan, pengaruh persekitaran dan kesetiaan jenama. Pada akhir kajian ini, didapati bahawa bangsa dan pekerjaan merupakan antara faktor demografi dikenal pasti yang akan mendorong pengguna membuat keputusan dalam pemilihan syarikat insurans semasa pembelian insurans. Di samping itu, Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah syarikat insurans yang paling digemari oleh pengguna dan diikuti oleh syarikat insurans Great Eastern, Prudential dan AIA. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan oleh operator insurans bagi mengenal pasti kehendak pengguna dan pasaran yang berpotensi untuk ditembusi.