Tahap kemahiran guru bahasa Melayu sekolah menengah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina, opsyen dan tempat mengajar

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti sejauh manakah tahap kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) agar pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah dapat memenuhi aspirasi yang diharapkan oleh pihak kementerian. Selain itu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aniza Ahmad,, Zamri Mahamod,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8593/1/18-29_Aniza_et_al.KPM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8593/
http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti sejauh manakah tahap kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) agar pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah dapat memenuhi aspirasi yang diharapkan oleh pihak kementerian. Selain itu, kajian ini juga melihat perbandingan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBS berdasarkan jantina, tempat bertugas dan opsyen guru melalui kaedah ujian-t. Satu set soal selidik yang mengandungi 39 soalan telah diedarkan kepada 140 orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu di 20 buah sekolah menengah di daerah Kota Tinggi. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian komputer melalui program Package For The Social Sciences SPSS Version 19.0. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t bagi menjawab kesemua persoalan kajian. Kajian rintis digunakan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen borang kaji selidik untuk memperoleh nilai alpha (a) Cronbach). Nilai a berada pada tahap sangat tinggi (a=>90) secara keseluruhan bagi setiap item dalam borang kaji selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai kemahiran pada tahap nilai min yang tinggi dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dari segi perbandingan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan p>0.05 antara tahap kemahiran guru-guru Bahasa Melayu menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan p>0.05 dengan faktor jantina, opsyen dan tempat guru mengajar terhadap pelaksanaan PBS. Oleh itu, tahap kemahiran yang tinggi guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat membantu pihak kementerian untuk melaksanakan pentaksiran baharu dalam pendidikan.