Simbol kebesaran daulat, mahkota dan keris dalam Hikayat Hang Tuah

Kesultanan Melayu merupakan satu identiti penting bagi masyarakat Melayu tradisional. Taat dan setia kepada raja sudah bertapak kukuh dalam jiwa dan kehidupan seharian mereka. Persepsi kesetiaan masyarakat Melayu tradisional terhadap raja atau sultan jelas dapat dilihat dalam karya-karya sastera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali,, Salinah Ja’afar,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8560/1/5095-12082-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8560/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/539
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesultanan Melayu merupakan satu identiti penting bagi masyarakat Melayu tradisional. Taat dan setia kepada raja sudah bertapak kukuh dalam jiwa dan kehidupan seharian mereka. Persepsi kesetiaan masyarakat Melayu tradisional terhadap raja atau sultan jelas dapat dilihat dalam karya-karya sastera tradisional seperti Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, dan lain-lain . Kebanyakan epik atau hikayat menceritakan tentang kebesaran sultan atau raja dan kesetiaan rakyat terhadap raja-raja Melayu. Walaupun terdapat gambaran berkenaan ketidakadilan yang dilakukan oleh raja-raja Melayu, persepsi ketuanan raja dalam masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan daripada amalan kehidupan mereka. Kajian ini berfokus kepada analisis simbol daulat, mahkota dan keris yang dilihat dapat menjadi ikon, simbol dan indeks bagi masyarakat Melayu tradisional dalam persepsi mereka melihat dan berkhidmat kepada raja yang menjadi ketua pentadbiran dan ketua agama yang terkandung dalam teks Hikayat Hang Tuah.