Tanda-tanda ‘malam’ dalam qasidah Imri’ al-Qays dan persepsi pelajar Melayu tentangnya
Puisi dalam kesusasteraan Arab merupakan karya yang merujuk kepada satu ungkapan yang mempunyai ‘wazn’ (irama bermeter) dan ‘qafiyah’ (berima) yang mempunyai makna. Keindahan puisi pula terletak pada penyampaiannya yang bertentangan dengan gaya ungkapan seharian. Hal ini terletak pada keupayaan p...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8557/1/5092-12076-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/8557/ http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/539 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Puisi dalam kesusasteraan Arab merupakan karya yang merujuk kepada satu ungkapan yang
mempunyai ‘wazn’ (irama bermeter) dan ‘qafiyah’ (berima) yang mempunyai makna.
Keindahan puisi pula terletak pada penyampaiannya yang bertentangan dengan gaya
ungkapan seharian. Hal ini terletak pada keupayaan penyair dalam menginterpretasikan
khayalannya dalam menyampaikan idea dengan menggunakan kata-kata puitis. Oleh yang
demikian, bait-bait puisi Imri’ al-Qays yang berkisar tentang malam dianalisis untuk kajian
ini bagi melihat ungkapan yang digunakan dalam menyampaikan maksud penyair kepada
khalayak. Pendekatan analisis kandungan digunakan untuk menganalisis maklumat yang
terkandung dalam pelbagai sumber yang berkaitan bait-bait puisi Imri’ al-Qays tentang
malam. Pendekatan semiotik pula untuk menganalisis tanda-tanda yang terdapat dalam
bait-bait puisi Imri’ al-Qays yang berkisar tentang malam. Analisis teks dijalankan dengan
mencari dan menilai tanda-tanda yang digunakan melalui ikon, indeks dan simbol. Bait-bait
puisi Imri’ al-Qays yang berkisar tentang malam ini menggunakan tanda-tanda dalam
menyampaikan maksud kegelisahannya dengan malam yang dirasakannya panjang. Beliau
menggunakan perkataan-perkataan seperti ‘tirai-tirai yang diturunkan’ dan ‘bintang kejora’
sebagai tanda untuk menggambarkan keadaan malamnya. Pemilihan kata-kata dalam gugusan
bait-bait ini dipengaruhi oleh persekitaran padang pasir yang didiami oleh penyair. Hal ini
dapat diteliti melalui gambaran penyair tentang malamnya dengan unta betina, juga keadaan
bintang yang tidak bergerak dengan khemah yang terikat kukuh. Dalam kajian ini, didapati
bahawa kebanyakan pelajar berpendapat bahawa teks tersebut sukar difahami dan perlu
diterjemahkan ke bahasa Melayu semasa P&P. Oleh itu, responden tidak mengetahui
tanda-tanda yang digunakan kerana kesukaran untuk memahami teks tersebut. Majoriti
responden bersetuju bahawa teks tersebut membantu untuk mengenal penggunaan tatabahasa
yang betul, mengenal gaya bahasa retorik dan menambahkan perbendaharaan kata.
Kebanyakan responden juga berpendirian bahawa teks tersebut sesuai untuk menjadi bahan
pengajaran teks sastera Arab bagi pelajar Melayu. |
---|