Intertekstualiti dalam Wacana Muamalat

Perkembangan muamalat dalam kerangka sistem ekonomi konvensional telah membuahkan praktis sosial tersendiri memandangkan muamalat merupakan risalah Allah yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Perbahasan terhadap keperluan umat Islam kembali kepada sistem muamalat amat rancak dilakukan, namun peneli...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Fitri, Mohamad Yusoff, Zaitul Azma, Zainon Hamzah, Pabiyah, Haji Maming, Hjh. Nor Azuwan, Yaakob
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM 2015
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8551/1/Intertekstualiti_dalam_wacana_mualamat.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8551/
http://www.ukm.my/iman/index.php/my/jurnal
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan muamalat dalam kerangka sistem ekonomi konvensional telah membuahkan praktis sosial tersendiri memandangkan muamalat merupakan risalah Allah yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Perbahasan terhadap keperluan umat Islam kembali kepada sistem muamalat amat rancak dilakukan, namun penelitian terhadap wacana muamalat masih belum dilakukan secara kritis bagi mengenal pasti praktis sosial muamalat dan cara wacana muamalat memperteguh praktis sosial tersebut. Justeru makalah ini adalah bertujuan untuk; 1) Mengenal pasti praktis sosial wacana muamalat yang dimanfaatkan dalam kerangka sistem ekonomi konvensional; dan 2) Menjelaskan praktis wacana muamalat (intertekstualiti) dalam kerangka sistem ekonomi konvensional. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kirtis (AWK) Fairclough. Sebanyak 3 buah Teks Penyataan Pengerusi dan 4 buah Teks Ulasan Operasi Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang dikumpul dari tahun 2009 hingga tahun 2012 dijadikan sebagai bahan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa praktis sosial yang dimanfaatkan dalam wacana muamalat adalah Ihsan. Praktis sosial ini mempengaruhi praktis wacana muamalat khususnya dari aspek intertekstualiti. Hal ini terbukti apabila penyisipan unsur ‘metawacana’ secara eksplisit lebih ketara berbanding elemen intertekstualiti yang lain. Kajian ini juga mendapati bahawa AWK berjaya membongkar pertalian dialektikal antara praktis sosial muamalat (Ihsan) dengan praktis wacana (intertekstualiti).