Peranan borang keizinan dalam menentukan sama ada pesakit telah memberi keizinan kepada rawatan perubatan

Dalam amalan perubatan, seseorang doktor hanya boleh menjalankan rawatan ke atas pesakitnya sekiranya pesakit tersebut telah memberi keizinannya. Keizinan tersebut boleh diberikan secara nyata iaitu sama ada secara lisan ataupun bertulis. Dalam hal ini, adalah menjadi satu amalan di hospital-hospi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tengku Noor Azira Tengku Zainudin,, Anita Abdul Rahim,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8460/1/Peranan_Borang_Keizinan_dalam_Menentukan_Sama_Ada_Pesakit_Telah_Memberi_Keizinan_kepada_Rawatan_Perubatan.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8460/
http://ejournal.ukm.my/juum
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam amalan perubatan, seseorang doktor hanya boleh menjalankan rawatan ke atas pesakitnya sekiranya pesakit tersebut telah memberi keizinannya. Keizinan tersebut boleh diberikan secara nyata iaitu sama ada secara lisan ataupun bertulis. Dalam hal ini, adalah menjadi satu amalan di hospital-hospital untuk menyediakan borang keizinan bagi ditanda tangani oleh pesakit sebelum pesakit menjalani prosedur-prosedur rawatan tertentu seperti pembedahan. Tanda tangan pesakit di borang keizinan adalah dikategorikan sebagai keizinan yang diberikan secara nyata iaitu secara bertulis.Persoalannya apakah kehadiran tanda tangan atau cap jari pesakit di dalam borang keizinan merupakan keterangan konklusif bahawa pesakit telah diberi semua maklumat-maklumat yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat satu izin bermaklumat di mana mereka telah pun memahami maklumat-maklumat tersebut. Adakah adanya tandatangan diborang keizinan bermakna doktor benar-benar telah menjalankan tanggungjawabnya untuk mendedahkan maklumat seperti risiko tersebut dan adakah pesakit telah benar-benar memahami apa yang diterangkan kepadanya?Artikel ini bertujuan untuk mengupas persoalan sama ada kewujudan keterangan dalam bentuk borang keizinan yang bertanda tangan sudah memadai untuk melepaskan pihak doktor dari tanggungan dalam kes-kes kecuaian perubatan yang melibatkan isu izin bermaklumat.