Pendekatan permakultur bagi mewujudkan gunatanah pertanian lestari di Malaysia: Kajian kes di Kuala Ping, Terengganu

Meskipun pertanian modern berasas kimia telah meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani Malaysia, namun ia juga telah mengakibatkan impak negatif terhadap alam sekitar kawasan luar bandar di Malaysia. Permakultur menawarkan alternatif kepada pertanian kimia yang tidak mesra alam ini kerana i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alamah Misni,, Muhammad Arbain Md Zaki,, Faridatul Akma Abdul Latif,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8329/1/11x.geografia-nov14-alamah-edam1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8329/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Meskipun pertanian modern berasas kimia telah meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani Malaysia, namun ia juga telah mengakibatkan impak negatif terhadap alam sekitar kawasan luar bandar di Malaysia. Permakultur menawarkan alternatif kepada pertanian kimia yang tidak mesra alam ini kerana ia diinspirasikan oleh etika alam sekitar, teknologi pertanian hijau, dan prinsip peri pentingnya memelihara keharmonian antara manusia dan alam. Dengan menggunakan Kuala Ping sebagai contoh, kajian ini menunjukkan bagaimana penggunaan permakultur boleh membawa kepada gunatanah pertanian yang lestari di Malaysia. Ia menunjukkan bagaimana reka-bentuk semula landskap pertanian di Kuala Ping dengan cara permakultur dapat memelihara dan mengekalkan keutuhan ekosistem tempatan sambil secara sistematik mengintegrasikan alam sekitar dan penghuninya menerusi penggunaan teknologi pertanian hijau. Gagasan sentral permakultur ialah menggalakkan penggunaan sumber semulajadi yang sediada bagi menghasilkan produk makanan berkualiti, menyediakan rekabentuk rumah kediaman yang bersesuaian dengan sumber asli sediada, dan menjimatkan penggunaan tenaga.