Pendidikan juvana di Jabatan Penjara Malaysia: dasar, hala tuju, perlaksanaan dan cabaran

Jabatan Penjara Malaysia merupakan sebahagian daripada Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia. Misi jabatan antaranya ialah menyediakan program pemulihan berkesan. Pemulihan untuk juvana ialah pendidikan melalui sistem persekolahan. Terdapat dua jenis sekolah iaitu Sekolah Integriti dan Sekolah Henr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Darussalam Budin,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8180/1/PENDIDIKAN_JUVANA_DI_JABATAN_PENJARA_MALAYSIA.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8180/
http://www.ukm.my/jhadhari/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Jabatan Penjara Malaysia merupakan sebahagian daripada Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia. Misi jabatan antaranya ialah menyediakan program pemulihan berkesan. Pemulihan untuk juvana ialah pendidikan melalui sistem persekolahan. Terdapat dua jenis sekolah iaitu Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney. Sekolah di institusi penjara telah diwujudkan namun ianya kurang diketahui umum. Bahkan ada di kalangan pegawai dari agensi yang melaksanakan Sistem Keadilan Jenayah dan Sistem Persekolahan kurang mengenalinya. Perkara ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang sukar dielakkan. Sekolah ini berada dalam kawasan larangan. Kebanyakan sekolah berada dalam kawasan penjara dan sukar untuk dilawati. Aktiviti sekolah selalunya diadakan lebih bersifat dalaman. Sekolah menempatkan ‘murid pendidikan khas’ yang dikelilingi oleh tembok yang tinggi atau pagar berduri. Perkara ini perlulah diatasi supaya peradaban sekolah mendapat perhatian. Mahkamah menjatuhkan hukuman kepada juvana ke institusi penjara yang mempunyai sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia menghantar Pegawai Pendidikan secukupnya pada setiap masa. Pegawai Pendidikan yang di bekalkan mengetahui dengan jelas fungsi sekolah ini. Ibu bapa berasa yakin anak mereka mendapat peluang untuk bersekolah dengan baik. Oleh itu, tujuan kertas ini ditulis adalah untuk berkongsi maklumat mengenai peradaban persekolahan di penjara. Kertas ini akan menjelaskan sejarah penubuhan sekolah, dasar, objektif dan hala tuju. Ianya juga menjelaskan cabaran dihadapi yang berbeza dengan sekolah harian biasa. Penulisan kertas ini dihasilkan berdasarkan kertas dasar berkaitan pendidikan dan data yang diperoleh daripada Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah. Pandangan dan pendapat dari Pegawai Pendidikan yang bertugas di sekolah. Penulisan ini juga hasil pemerhatian dan penelitian penulis sebagai salah seorang pegawai yang terlibat secara langsung dalam merancang, membangunkan dan menyelia sekolah tersebut. Hasil dari penulisan ini akan membolehkan sekolah dapat berfungsi dengan baik. Juvana yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah akan ditempatkan di sekolah yang bersesuaian. Pegawai Pendidikan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berupaya untuk menggalas tanggungjawab. Pegawai Pendidikan yang bertugas dapat melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan. Juvana yang di tempat boleh menggunakan sepenuhnya peluang yang telah diberikan. Ibu bapa berasa yakin anak mereka dapat membina masa hadapan yang bermakna. Perkara yang terakhir iaitu sistem persekolahan di institusi penjara akan membantu mengatasi masalah sosial negara.