Pengaruh mazhab Shafi’i dalam fatwa zakat di Terengganu
Kajian ini cuba melihat sejauh mana pengaruh mazhab Shafi’i dalam fatwa berkaitan zakat di negeri Terengganu. Sebanyak 104 fatwa zakat dianalisis sejak 1953 hingga 2005. Ia diukur melalui sumber rujukan yang digunakan semasa sesuatu fatwa itu diputuskan. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8167/1/7712-20071-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/8167/ http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini cuba melihat sejauh mana pengaruh mazhab Shafi’i dalam fatwa berkaitan zakat di negeri Terengganu.
Sebanyak 104 fatwa zakat dianalisis sejak 1953 hingga 2005. Ia diukur melalui sumber rujukan yang digunakan semasa
sesuatu fatwa itu diputuskan. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah induktif dan komparatif. Dari
sudut kedudukan rujukan fatwa, kajian mendapati 79.8 peratus fatwa tersebut tidak menyebut secara jelas sumber
rujukan. Ini diikuti oleh fatwa yang menyebut secara jelas rujukan mazhab Shafi’i iaitu sebanyak 10.57 peratus, fatwa
yang jelas merujuk kepada pandangan selain mazhab Shafi’i dan penulisan ulama kontemporari adalah sebanyak
2.88 peratus. Manakala fatwa yang jelas menyebut pandangan ulama mazhab lain di samping mazhab Shafi’i ialah
sekadar 0.98 peratus sahaja. Kedudukan statistik rujukan fatwa tersebut tidak memberi suatu ukuran yang tepat
mengenai pengaruh mazhab Shafi’i. Walaupun begitu, dengan membuat analisis secara mendalam, kajian mendapati
pandangan mazhab Shafi’i mendominasi fatwa mengenai zakat di Terengganu, iaitu sebanyak 90.37 peratus dari
jumlah keseluruhan fatwa zakat meskipun sebahagiannya boleh disesuaikan dengan mazhab lain yang dianggap selari
dengan mazhab Shafi’i. Kajian juga mendapati wujud beberapa fatwa yang mempunyai kesimpulan hukum yang sama
walaupun berlainan dari sudut tahun dikeluarkan. Berlaku juga beberapa fatwa yang mempunyai masalah yang sama
tetapi penyelesaian hukum yang berbeza. Hal ini terjadi apabila wujud perbezaan suasana dan keadaan dan fatwa
yang diputuskan tidak bertentangan dengan objektif syariah (maqasid al-shari’ah). |
---|