Konsep nilai guna dalam penilaian e-Masjid: tinjauan awal

Penggunaan e-masjid di Malaysia masih lagi di bawah tahap sederhana kerana e-masjid yang sedia ada masih belum dapat lagi menarik penyertaan yang ramai sedangkan kadar tembus internet di Malaysia agak tinggi iaitu 16.9 juta orang pada tahun 2010. Untuk menambahkan lagi kadar tembus ke e-masjid, ia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bushral Huda Abd Manan,, Muhamad Faisal Asha’ari,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8162/1/7686-19999-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8162/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan e-masjid di Malaysia masih lagi di bawah tahap sederhana kerana e-masjid yang sedia ada masih belum dapat lagi menarik penyertaan yang ramai sedangkan kadar tembus internet di Malaysia agak tinggi iaitu 16.9 juta orang pada tahun 2010. Untuk menambahkan lagi kadar tembus ke e-masjid, ia perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak pengguna di samping meraikan juga kekangan dari pihak e-masjid sendiri. Kajian ini menggunakan konsep nilai guna iaitu konsep yang mengkaji selera pengguna terhadap sesuatu barangan dan perkhidmatan. Kajian ini menumpukan kepada penilaian terhadap laman web empat buah masjid utama dalam Malaysia di kawasan bandar-bandar besar seperti Masjid Wilayah, Masjid Negeri Shah Alam, Masjid Negara dan Masjid Putra, Putrajaya. Kajian ini juga mengenal pasti selera pengguna dalam mengakses laman web masjid. Kaedah tinjauan (survey) telah digunakan dalam kajian ini menggunakan dua metode mendapatkan data iaitu soal selidik dan temu bual. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa domain nilai tambah e-masjid yang merangkumi tazkirah, mutiara kata dan carian hal keagamaan menjadi sebab utama tarikan pengunjung terhadap laman web masjid.